Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Friday, August 15, 2008

Harapan Najib kepada Chong Wei

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap bintang badminton negara, Lee Chong Wei mampu mengharumkan nama negara untuk mencatat sejarah dalam Sukan Olimpik dengan merangkul pingat emas untuk negara.

Najib juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata, jika Chong Wei memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara dalam sukan Olimpik, dia akan memperoleh ganjaran istimewa daripada kerajaan.

"Saya mengharapkan Chong Wei akan meraih emas dan mencatat sejarah," katanya selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2008 di Serdang, semalam.

Pada 24 Jun lalu, Najib mengumumkan RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing selain bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

Kerajaan juga menawarkan ganjaran wang tunai RM300,000 untuk pingat perak serta pencen RM3,000 manakala gangsa mendapat RM100,000 dan pencen RM2,000.

Sepanjang pembabitan kontinjen negara di Sukan Olimpik, Malaysia hanya berjaya memungut pingat dalam badminton iaitu satu perak menerusi gandingan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (Atlanta 1996) dan dua gangsa, masing-masing menerusi pasangan Razif-Jalani Sidek (Barcelona 1992) dan Rashid Sidek (Atlanta 1996).

Chong Wei menceriakan peminat sukan tanah air apabila mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki selepas menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11, semalam.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: