Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Thursday, August 28, 2008

Misbun terharu dikurnia Datuk


Mahu jadikan anugerah sebagai motivasi laksana tanggungjawab lebih gigih

Terharu dan tidak menyangka sama sekali. Itulah ungkapan pertama yang disampaikan oleh jurulatih badminton negara, Misbun Sidek apabila ditanya perasaannya sebaik saja selesai menerima bintang kebesaran kerajaan Melaka - Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk di Ayer Keroh, Melaka, petang semalam.

Namun, dalam nada yang sama, beliau memasang tekad untuk menjadikan anugerah yang diberi oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob itu sebagai motivasi kepada diri melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan lebih gigih dan tekun.

"Apa yang saya buat selama ini adalah ikhlas. Sebab itu saya rasa terharu sekali dan tidak menyangka akan mendapat penganugerahan tinggi seperti ini. Sudah tentu selepas ini, saya akan lebih giat lagi sejauh mana yang mampu.

"Dan sememangnya saya sedar, penghargaan ini satu tanggungjawab yang berat kepada saya selaku jurulatih, namun saya akan terus berusaha untuk memberi banyak tumpuan melahirkan bakat baru negara pada masa depan," katanya yang turut ditemani isterinya, Datin Latifah Sidek pada majlis itu.

Penganugerahan bintang kebesaran kerajaan Melaka ini diadakan khas di Dewan Banquet, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan semua exco kerajaan negeri.

Anugerah ini diberi kepada Misbun, 48, atas sumbangan melatih pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei memenangi pingat perak pada temasya Olimpik di Beijing yang berakhir Ahad lalu, disamping pembangunan sukan badminton di Malaysia sepanjang pembabitannya sejak 30 tahun lalu.

Dalam pada itu, Mohd Ali berharap penganugerahan DMSM itu, akan menyuntik lagi semangat Misbun bagi melatih lebih ramai bakat muda negara ini dalam sukan badminton sehingga mencapai tahap dunia dan Olimpik seperti dicapai Chong Wei.

Ismail pula berharap penganugerahan itu akan memberi perangsang kepada atlit dan jurulatih sukan di negara ini untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kerana jasa dan sumbangan mereka, sudah pasti tidak akan dilupakan kerajaan seperti diperoleh oleh Misbun.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: