Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Wednesday, August 27, 2008

Misbun terima gelaran Datuk hari ini

Majlis penganugerahan bintang kebesaran kerajaan Melaka kepada jurulatih badminton negara, Misbun Sidek akan diadakan di Dewan Banquet, Pejabat Yang di-Pertua Negeri di Ayer Keroh, Melaka, hari ini, sehari lebih awal daripada dijadualkan. 

Bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada jurulatih yang membimbing pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei itu akan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, pada majlis khas, tepat jam 3 petang. 

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan yang diemel kepada pejabat Berita Harian di Melaka, semalam berkata majlis itu dijadualkan, esok tapi dipercepatkan sehari lebih awal. Sebab perubahan itu bagaimanapun tidak dinyatakan.


Penganugerahan bintang kebesaran kepada Misbun itu diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Mertajam pada Ahad lalu, atas jasanya melatih Chong Wei sehingga berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik di Beijing yang baru berakhir, selain memajukan sukan badminton negara. 

Keputusan itu diambil selepas Mohd Ali mengadakan perbincangan dengan Mohd Khalil sejurus menerima cadangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan penganugerahan gelaran Datuk kepada Lee atas pencapaiannya di Beijing itu. 

Selain Lee, Misbun sebelum ini juga pernah membimbing adiknya, Rashid Sidek meraih gangsa di temasya Olimpik Atlanta pada 1996, selain membantu Muhammad Hafiz Hashim merangkul gelaran Seluruh England pada 2003 dan Roslin Hashim bergelar pemain nombor satu dunia pada 2001.


Don't forget to comment when you are done reading

4 comments:

~ mizzAmy ~ said...

~ amer, bila nak bagi gelaran datuk kat akak plak? hikhikhikhik.... ~

Mr Aan said...

uhmm...
bile2 je..
tp xleh chalenge
datuk Siti...
hihi...

Meooo Comicore Club said...

memang patut pun misbun dpt. byk jasa kpd sukan badminton

Mr Aan said...

mmg ptut pn bro