Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata
Perjalanan roh ku
Melengkapi
Sebuah kembara
Singgah di
Rahim bonda
Sebelum menjejak
Ke dunia
Menanti di barzakh
Sebelum berangkat
Ke masyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga
Atau sebaliknya
Tanah yang basah
Berwarna merah
Semerah mawar
Dan juga rindu
Tujuh langkah
Pun baru berlalu
Seusai talkin
Bernama syahdu
Tenang dan damai
Di pusaraku
Nisan batu
Menjadi tugu
Namun tak siapa
Pun tahu resah
Penantianku
Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka
Yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini
Bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar
Kejadian
Yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini
Bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar
Kejadian
Kembali oh kembali
Kembalilah ke
Dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih
Yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad
Di dalam keranda kayu
Ajal yang datang
Dimuka pintu
Tiada siapa
Yang memberitahu
Tiada siapa
Pun dapat hindari
Tiada siapa
Yang terkecuali
Lemah jemari
Nafas terhenti
Tidak tergambar
Sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup
Untukku mengulangi
Jantung berdegup
Kencang menantikan
Malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan
Selama ini
Diceritakan kini
Aku merasakan
Dialam barzakh
Jasad dikebumikan
Selama ini
Diceritakan kini
Aku merasakan
Dialam barzakh
Jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata
Kenapa kita perlu OK jika PRU diadakan
-
Kontroversi betul tajuk ye tak.
2 hari lepas kerajaan umumkan PKP 2.0. Sehari selepas tu kerajaan umumkan
darurat. Actually aku boleh nak ulas benda ni ...
3 years ago
6 comments:
besh lirik lagu nih :)
sy bile dgr lgu ni...
mmbuatkn sy sedar yg kita idup d dnia ni hnya sementr
kekadang takut je bila pikir pasal mati... tapi takutnya sekejap je, lepas tu lalai balik... takut pun tak pernah rasa nak insaf.. huh!
tu la melayu...
mudah lpe...
amer! uu ske lagu ini..
ohh.. kalau hayati btoi2! membuatkan kita terfikir.. hayati lah liriknyaa..
da hayati da lgu ni..
sdih gak ble..
mengenangkan soal mati ni
Post a Comment