Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Thursday, October 16, 2008

Pembahagian Tauhid

Ulamak mengklasifikasikan tauhid menjadi tiga iaitu :

  • Tauhid Rububiyyah
  • Tauhid Uluhiyyah
  • Tauhid Asma'wa sifat
Tauhid Rububiyyah

Erti Tauhid Rububiyyah ialah beriktikad dengan pasti bahawa ada tuhan yang menjadikan alam ini, mentadbir, mengurus, menghidupkan dan mematikan segala makhluk di alam ini.Tauhid ini dipercayai oleh seluruh manusia, sama ada yang kafir atau yang mengaku Islam.

Firman Allah (s.w.t)
Ertinya :
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi. Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah"


(Luqman : 5)

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah pula ialah beriktikad dengan pasti bahawa Allah (s.w.t) iaitu tuhan yang sebenar dan tidak ada tuhan yang lain patut disembah.Tauhid Uluhiyyah dibina atas keikhlasan ibadat bagi Allah (s.w.t) yang Esa sama ada dari segi zahir dan batin. Tauhid inilah yang membezakan antara orang yang mentauhidkan Allah dengan orang musyrikin.

Tauhid Asma'wa sifat

Tauhid Asma'wa sifat pula bermaksud mempercayai bahawa Allah (s.w.t) mempunyai nama yang layak baginya dan bersifat dengan sifat yang tidak dimiliki oleh makhluk yang lain. Ia mempunyai makna yang tertentu dan menggambarkan dengan sempurna sifat-sifat Allah (s.w.t). Setipa namanya mempunyai khasiat yang mana telah dicuba oleh ulamak yang terdahulu.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: