Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Wednesday, October 15, 2008

Pengertian Islam

Islam bererti tunduk dan menyerahkan kepada Allah (s.w.t) serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dan tidak dipasa. Islam mengajar kepatuhan kepada Allah (s.w.t) dan tunduk kepada perintahNya tanpa bantahan.

Firman Allah (s.w.t) :

"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan"

Terdapat juga par ulamak mendefinasikan Islam sebagai nidzam (peraturan) perundangan yang lengkap bagi mengatur hidup manusia. Mengandungi peraturan-peraturan berbentuk akidah, akhlak, mu'amalat dan segala berita yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Tidak ketinggalan juga ulamak menyebut bahawa Islam itu sebagai pedoman hidup yang sebenar, petunjuk dalam semua aspek kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang benar.

Tauhid dan pembahagiannya

Akidah yang benar dan sah adalah syarat pertama bagi setiap orang yang mengaku telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tauhid tersebut haruslah sesuai dengan apa termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasullulah (s.a.w) .


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: