Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Monday, February 23, 2009

Batal bina LCCT Labu muktamad


TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) di Mesyuarat Khas Menteri Kewangan Asean (AFMM) + 3 (China, Jepun dan Korea Selatan) di Phuket, Thailand, semalam. AFMM diadakan terdahulu dari mesyuarat tahunan AFMM di Bali pada bulan Mei akan datang bagi membolehkan perbincangan dan mengemukakan cadangan pemimpin yang akan hadir di Hua Hin untuk Sidang Kemuncak Asean ke-14 minggu depan. Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Kewangan China, Xuren Xie dan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati. - Foto Bernama

Terminal Penerbangan Tambang Murah baru beralih ke KLIA: TPM


PHUKET (Thailand): Keputusan kerajaan menolak cadangan Sime Darby Bhd dan AirAsia Bhd untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan, sudah muktamad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata LCCT baru itu sebaliknya akan dibina di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek LCCT di Labu itu tidak diteruskan kerana mengikut cadangan asal, Sime Darby tidak akan menampung kos pembinaan infrastrukturnya bernilai RM800 juta.

"Saya sudah mendapat pengesahan surat hitam putih Sime Darby. Jika mereka tidak memberi sumbangan, maka tidak ada asas nak dipertimbangkan.

"Mereka (Sime Darby) hanya menjual tanah kepada pihak yang akan bina LCCT. Jika Malaysia Airport (Holdings Bhd) bina, dia akan jual kepada MAHB," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Kewangan Asean + 3 di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa cadangan pembinaan LCCT di Labu itu masih dalam perbincangan antara kerajaan dan pihak berkaitan.



Beliau berkata, LCCT baru akan dibina di KLIA, tetapi kaedah tuntutan AirAsia berkaitan soal bayaran tempat meletak kapal terbang dan perkara lain masih dalam rundingan.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata, cadangan Sime Darby dan AirAsia untuk membina LCCT di Labu akan dikaji semula kerana kerajaan akan melihat dari semua sudut kewajaran projek itu selepas menerima pelbagai reaksi berhubung cadangan berkenaan.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, pula berkata cadangan pembinaan LCCT di Labu masih dalam perbincangan antara kerajaan dan AirAsia.

"Kerajaan meluluskan secara prinsip saja (dengan melihatnya) sebagai bentuk pelaburan dan pemohon perlu menelitinya berdasarkan aspek keselamatan dan keperluan teknikal, tetapi ia masih dalam perbincangan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, jumlah sebenar bajet mini yang dijadual dibentangkan di Parlimen 10 Mac ini belum diputuskan dan sebarang laporan mengenainya hanya spekulasi semata-mata.

"Saya akan umumkan jumlahnya di Parlimen. Apa yang dikatakan sekarang adalah spekulasi," katanya sambil menambah peruntukan itu lebih besar berbanding pakej rangsangan ekonomi yang diluluskan November lalu.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Cina semalam yang memetik Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha sebagai berkata, kerajaan memperuntukkan RM30 bilion untuk bajet mini bagi menangani krisis ekonomi.


Don't forget to comment when you are done reading

4 comments:

kEy said...

sjE parK nmE~
lalala~

Mr Aan said...

kwn along ek

husni said...

Keputusan Menteri xkan kita nak pertikai...kita hrs hrmti kerana mesti bersebab..kalau tak takkan dibatalkan...

Intan Hanina said...

hmm.. macem2