Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Thursday, February 26, 2009

Sakit kepala

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan

  • Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan

  • Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik
  • Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala
  • Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak
  • Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
  • Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA
  • Berehat seketika dengan berbaring.
  • Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  • Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
  • Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
  • Jika keadaan sejuk tidak meredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
  • Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.


Don't forget to comment when you are done reading

4 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

bagus tips..
sakit kapala ka?
=)

Mr Aan said...

xde la...
sje je nk bg tips
hehe..

Belog Cik Peanut said...

wah..tips yang bagus...
peanut de magrain lu..
tapi skunk dah tak...
mungkin dulu banyak pk kot
tu yang magrain
hehhehe

Mr Aan said...

tu la pasai...
jgn dok pikir byk2