Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Sunday, August 2, 2009

Semangat Patriotisma Bukan Sekadar Kibarkan Jalur Gemilang


Semangat patriotisma tidak cukup dizahirkan dengan sekadar kibarkan Jalur Gemilang dan laungan ‘MERDEKA’ semata-mata, sebaliknya ia perlu disertai dengan perasaan kasih sayang terhadap tanah air.

Tuan Haji Janudin bin Dollah, Pengurus Besar KESEDAR berkata, semangat patriotisme yang sebenar ialah apabila seseorang individu itu sanggup bekerja dengan tekun dan tabah tanpa mengenal penat lelah dan masa ke arah kesejahteraan kumpulan sasar.

Mereka yang tidak ada semangat patriotisme tidak akan berasa apa-apa terhadap kegagalan-kegagalan yang pernah dilakukan pada masa-masa dulu,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Jajahan Gua Musang di Dataran KESEDAR pada 19 Ogos 2007 di hadapan 3,000 tetamu.

Menurut Tuan Hj. Janudin, generasi terdahulu telah membuktikan semangat patriotisme dan sayangkan negara melalui perjuangan mereka sehingga Malaysia berjaya mengecapi nikmat kemajuan seerti yang kita alami sekarang ini.

Namun begitu, apa yang dikhuatiri ialah untuk memastikan semangat tersebut terus tertanam dikalangan generasi muda pasca 50 tahun merdeka.



Don't forget to comment when you are done reading

7 comments:

Azuan said...

yap..
sokong sama kamu..
semangat tue yang penting!!

Mr Aan said...

ye btol...
semangat!!

Meooo Comicore Club said...

wah, gaya penulisan semakin mantap. mcm wartawan utusan melayu

Blog Eazy Izzuddin said...

yea
sokong juga
=D

boboiz said...

semangat orang muda2 sekarang nie tak macam semangat orang tua2..macam atok2 kita sebab diorang yang menempuh alam sebelum merdeka dahulu

mae said...

terskan kmerdekaan...

Sis Lin said...

dh gantung bendra kt uma ke? hehehe