Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Saturday, November 8, 2008

Matlamat syariah Islamiah

Matlamat dan tujuan yang hendak dicapai oleh syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum adalah bagi kemaslahatan (kepentingan) umat manusia. Maksud-maksud ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu :

  • Daruriyah (perlu)
  • Hajiyah (keperluan)
  • Tahsiniyah (mengelokkan)
Daruriyah

Daruriyah ialah segala sesuatu yang mesti ada untuk kehidupan umat manusia, baik kehidupan keagamaan mahupun keduniaan. Apabila hal-hal yang bersifat daruriyah itu tidak diperlihara, maka kehidupan manusia akan binasa dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih. Bentuk pemeliharaan daruriyah ini terbahagi kepada dua bahagian :
  • Mewujudkan sesuatu yang mengukuhkan kewujudannya. Hal-hal itu dianggap pemeliharaan dari segi kewujudannya.
  • Mengerjakan segala yang menghindarkan kecacatan yang mungkin terjadi atau disangka akan terjadi kepadanya. Hal itu dianggap sebagai pemeliharaanya dari hilang.
Para ulamak telah mengkategorikan lima perkara yang perlu diperlihara dianggap daruriyah ialah :

Memelihara agama (hifz al-din)
  • Agama yang dimaksudkan disini ialah himpunan peraturan yang terdiri dari akidah, ibadat, dan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memelihara hubungan manusia dengan tuhan mereka dan hubungan sesama mereka.
Memelihara jiwa (hifz al-nafs)
  • Jiwa yang diperlihara oleh Islam ialah jiwa yang ma'sum dengan sebab beragama Islam, jiwa yang membayar jizyah (al-dhimmi) dan jiwa yang memohon perlindungan dibawah negara Islam(musta'man). Maka didalam hukum Islam mengharamkan pembunuhan kepada seluruh umatnya kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan syarak.
Memelihara nasab (hifz al-nasl)
  • Nasab pada bahasa bermaksud baka dan keturunan. Manakala dari segi istilah pula ialah percampuran benih lelaki dengan perempuan yang diakui syarak. Bagi mengekalkan keturunan, Islam telah mensyariatkan perkahwinan iaitu merupakan jalan utama untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia.
Memelihara akal (hifz al-aql)
  • Akal fikiran merupakan anugerah Allah yang amat tinggi nilainya kepada manusia yang membezakan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Akal berfungsi sebagai alat penghubung bagi mengenal Allah. Islam tidak membebankan manusia dengan tanggungjawab keagamaan sekiranya akal mereka tidak waras atau sihat. Islam juga telah mengajar kita supaya menuntut ilmu, membaca, dan sebagainya bagi menjaga kemurnian akal.
Memelihara harta (hifz al-mal)
  • Harta pada hakikatnya adalah milik Allah (s.w.t) dan manusia hanya bertindak sebagai pemegang amanah yang mana penggunaannya harus menurut ketetapan syarak. Oleh itu manusia hendaklah bersyukur supaya Allah (s.w.t) akan menambahkan rezei kepadannya. Proses mendapatkan harta pula mestilah berdasarkan prinsip yang telah digariskan oleh syarak. Hasil daripada mencuri, merompak, rasuah dan seumpamanya adalah diharamkan di dalam Islam. Bahkan Islam telah menetapkan hukum hudud, qisas dan takzir bagi menjaga kepentingan tersebut.
Hajiyah

Hajiyah berasal dari perkataan hajar yang bermaksud keperluan. Manakala dari sudut istilah pula ialah bermaksud segala sesuatu yang diperlukan oleh umat manusia untuk menghindarkan diri daripada kesulitan-kesulitan dan menghilangkan kesempitan. Dari sudut martabat atau tingkatan kedudukannya berada selepas maslahat daruriyah.

Tahsiniah

Tahsiniah ditakrifkan sebagaqi masalah yang berkaitan dengan maruah iaitu berpegang dengan adat-adat yang baik dan akhlak yang mulia baik dalam bidang ibadat mahupun dalam muamalat, seperti menutup aurat dalam solat, cara makan serta minum dan tatacara pergaulan suami isteri. Ketiadaan keperluan ini, tidaklah membawa seorang mukalaf kepada kesempitan tetapi menyalahi kepatutan dan menurunkan martabat peribadi dan masyarakat.


Don't forget to comment when you are done reading

4 comments:

meo188 said...

encik amer blaja kat maahad ke? smka? hebatlah...

Amer Aan aka Green Arrow said...

xde la hebat sgt...
biase je...

dakchomey said...

huhuhu...da lame x jengok kat sini..

sofia idrus said...

assalamualaikum, terima kasih sebab bagi information ringkas macam nihh. kebetulan ustad sye suruh cari huraian tajuk nihh. alhamdulillah da dapat lega sikit.