Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Saturday, February 28, 2009

Sukan drift

Sebelum ini, mereka terlibat dengan perlumbaan haram tetapi apabila berkembangnya sukan drift, ia menjadi saluran baru remaja untuk bergiat secara sah dan profesional dalam bidang pemotoran

Dalam sukan drift, tayar belakang memainkan peranan dan kerana itulah, pelumba menggunakan kereta yang digerakkan oleh pacuan tayar belakang.

Ramai generasi muda berlumba untuk keseronokan dan hanya segelintir yang mahu menjadi pelumba profesional. Bagi Mohd Khairul Anuar, yang berkhidmat dengan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), beliau menceburi lumba kereta drift sebagai hobi.
Sukan lumba lasak ini menambat hati para peminat lumba kereta tempatan setelah ia dipopularkan melalui filem Fast and Furious: Tokyo Drift yang ditayang di pawagam tempatan pada tahun lalu.
Khairul, 28, pegawai ADK cawangan Rembau, Negeri Sembilan bagaimanapun tidak mendapat inspirasi untuk menyertai hobi ini daripada cerita tersebut.
Sebaliknya, ia bermula beberapa tahun lebih awal kerana terpengaruh dengan cerita kartun lumba drift dari Jepun iaitu Initial D yang memaparkan watak Takumi Fujiwara yang berlumba secara menggelongsor di selekoh berbahaya di jalan pergunungan.
Karier Khairul sebagai pelumba drift profesional bermula pada Julai tahun lalu apabila beliau menghubungi Syabas Drift Team, untuk memasuki kelas latihan pasukan itu dengan bayaran RM700 sebulan.
"Saya memasuki Syabas dengan azam untuk menjadi pelumba profesional," katanya ketika ditemui pada kejohanan Star Drift Challenge 2008 di tapak kem Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Impian Khairul tercapai apabila beliau menduduki tempat pertama dalam Novice Star Drift Challenge 2007.
"Kereta biasa walaupun sudah dimodifikasi, ia tetap kereta biasa dan tidak selamat untuk berlumba drift kerana suspensi dan kerangkanya tidak diperkuatkan," katanya.
Menurut Khairul, beliau memandu secara drift selama empat jam pada hari minggu dengan menggunakan kereta yang telah dimodifikasi khusus untuk sukan itu oleh Syabas.
Melalui pengalaman dan pergaulan beliau, ramai pelumba drift dari luar negara mengakui pelumba Malaysia adalah antara pelumba drift yang baik.
Pengasas kumpulan Syabas Drift Team, Kenny Lee, 29, mempunyai sebuah kedai menjual kereta terpakai dan selepas menceburi perlumbaan drift, beliau turut menawarkan kereta yang sesuai untuk sukan ini yang memerlukan pacuan roda belakang.
"Sebelum ini, saya selalu terlibat dengan perlumbaan haram tetapi bila masuk arena profesional, kita ada kerjaya dan yang penting, ada wang hasil sumbangan pihak penaja," kata beliau.
Lee menggunakan sebuah kereta BMW yang berusia lebih daripada 30 tahun untuk sukan ini tetapi kerangka, enjin dan suspensinya sudah dipertingkatkan.
Menurut Lee, pelumba drift yang masih baru seperti Khairul boleh memahirkan diri dalam masa satu hingga dua bulan dengan latihan intensif selama hampir 10 jam sehari.
"Yuran RM700 merupakan kos untuk membeli tayar. Tayar belakang mudah haus hanya selepas 15 minit digunakan. Dalamdrift, tayar belakang memainkan peranan dan kerana itulah, pelumba menggunakan kereta yang digerakkan oleh pacuan tayar belakang," katanya.
Kereta seperti Mitsubishi Evo, Subaru Impreza merupakan pacuan All Wheel Drive dan tidak sesuai kerana pemandu boleh terbuang manakala Proton dan banyak kereta yang menggunakan pacuan roda depan juga bukan kereta yang ideal kecuali tayar depannya dikunci, kata Lee.
Katanya, untuk menjadi pelumba profesional, penaja sangat penting kerana tanpa tajaan, kos membaiki kereta, servis, modifikasi, upah mekanik terpaksa ditampung sendiri dan jumlahnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Sementara itu, penaja utama kumpulan Syabas Drift Team iaitu pengedar dan pakar suspensi dari ACE Suspension, Y.K Lim menegaskan, beliau tidak akan membantu pemandu yang ingin menukar kereta mereka kepada kereta drift dengan niat untuk berlumba secara haram di jalan raya.
Lim, 41, yang juga pemandu untuk Syabas Drift Team berkata: "Kami tidak mahu berlumba di atas jalan raya.
"Sebagai pemandu drift, kami tidak mahu disamakan dengan kereta lumba lain yang berharap pada kuasa kelajuan. Kecekapan yang kami, ada bukan datang dalam sehari dua," katanya.
Syarikat Lim sanggup menaja kumpulan Syabas Drift Team kerana azam anak-anak muda dalam kumpulan itu yang mahu menjadi pemandu profesional.
"Sekarang, cuma ada 20 orang di Negeri Sembilan yang aktif dalam perlumbaan drift. Sukan ini masih baru tetapi pulangan saya mungkin akan berbayar dalam tiga hingga empat tahun lagi selepas ramai remaja menyedari bahawa sukan ini bukanlah terlalu mahal untuk diceburi," katanya mengakhiri perbualan.


Don't forget to comment when you are done reading

7 comments:

Eazy Izzuddin said...

uhuhu..
drifft.
bole la skit2...
tp berminat woo..
xD

Amer Aan said...

tp ingt...
jgn buat drift..
d jln raya...

~ mizzAmy ~ said...

~ amer dah start masuk sukan drift ker? patut lah dia busy benar skang nih. ~

Amer Aan said...

xde la kak...
skadar angan2 je..
akak je yg bz je,memanjang

dir&fara said...

ehemmm.. minat kite same mer.. aku tgh kumpul duit nak angkat cefiro a31 enjin rb25twin turbo.. 35 riban je.. huhu.. aku dah jinak2 buat drift skang.. aku joint budak2 jb drift.. insyallah tahun depan keluar la kete sendiri.. nak beli gtr r33 cam ko belom mampu.. huhu.. eh!! tapi kalau cefiro memang sesuai utk drift wooo.. enjin rb20 pun dh power dh.. cume exle blakang kene masuk skyline punye.. pastu turbo masuk greedy td061.. pehh!! tapi kalau dh jemu nanti bole le aku masuk enjin s14 plak.. ahahha.. ni biar kite je paham mer.. org lain bace komen aku ntah paham ke x.. hahaha

Amer Aan said...

skrang kete proton...
pn bole drift...
gak klu ko xtau...

drift...
maju la skan...
utk negara..
ekekek

Anonymous said...

what bands are good to see for emo hairstyles?
[url=http://www.emo-hairstyles.info/]emo hairstyles[/url]