Kita dah puasa esok masuk fragmen kedua tapi masih ada orang yang payah gila tahap gaban untuk bangun sahur? Sahur itu sunat, tidur itu harus, tapi kalau mata dah lekat dengan gam macam mana? Ini tips kejut bangun sahur berdasarkan tahap ketiduran manusia.
Tahap pertama: Tidur jenis kucing letih lepas kejar tikus:-
1. Pegang anak jari kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali sambil tu seru nama dia perlahan-lahan.
2. Sentuh bahu orang yang tidur dan goyangkan perlahan lahan. Jangan lupa seru juga nama dia.
3. Renjis air suam di muka dia (jangan guna air minirel, membazir!) sambil panggil nama dia.
4. Kalau mahram, tampar-tampar manja pipi dia, juga sambil panggil nama dia.
Sekiranya masih tak bangun juga, kita terpaksa beralih kepada tahap kedua: tidur jenis kucing lepas mengawan. Sebagai satu isyarat untuk beralih tahap, kita kena tutup kipas atau air cond:-
1. Jerit nama dia kuat kuat. Boleh gulungkan majalah dan letak kat telinga dia. Tidak disarankan guna healer, takut gegendang telinga pecah. Bukan sebab nanti pekak, tapi lagi payah nak bangun.
2. Gigit ibu jari kaki dia macam toyol gigit. Sekiranya orang yang tidur itu jenis kaki busuk, disarankan skip saja nombor 2.
3. Simbah air sebaldi kalau boleh air rendam baju yang dah berminggu-minggu itu.
4. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! tanah runtuh! tsunami! tsunami!
6. Hidupkan lighter dekat dengan muka (tapi jangan bagi kena, nanti terbakar!) dan jerit api! api! api!
Sekiranya masih tidur macam kayu balak juga, ambil KFC dan McD sambil letak sebelah hidung dia dengan penuh pasrah. Kemudian sebut Maa Rabbuka! di telinganya atau baca surah Yaa sin.
Kalau masih tak bangun juga, memang sudah qadak dan qadar Tuhan. Allah lebih menyayanginya.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
11 comments:
salam kemerdekaan malaysia..langit di atas kepala tanah sebagai tapak..tanah ni aku dilahirkan..air dibumi ini aku minum.. udara disini aku sedut..hasil bumi disini aku jadikan darah dagingku..maka wajiblah aku pertahankan ini bumi yang ku pijak tak akan di punyai orang lain selain dari kami malaysia.. salam kemerdekaan pada anda tulus dari http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
salam bulan ramadan &
salam kenalan dari kami
tip ko tu bukan jer mengejutkan orang sahur.. tapi membuatkan aku terkejut.. aku akan cuba buat kat member sebelah aku ni yang liat bangun sahur
idea yg teramat2 bernas....
tp kluw dr sndr mcm tue...
so n3 nie tok dr sndr ler erk??hehehe
yeah
teramatlah bernas
hihihi
bagusla...
xD
HepyMerdeka!
=D
brilliant!
hheheh..ne mcm perli ila neh...ila mmg liat jgk ckit2 nk bgn sahur...hahhaha
kasi smack down dia sekali
azli,
slm bulan ramadan &
slm kenlan juga..
.gadis.,
sy ble dkejut..
trus bgn...
ni utk org yg...
liat sgt nk bgn..
sahur..
hehe..
eazy,
hehe..
HepyMerdeka too..
daylachan,
tq2..
honey,
mne de perli...
meo,
klu x mau jgk..
hempok je..
ngan kerusi..
haha...
last side tu yg tak sanggup nak dengar..tak sempat nak bertaubat..inalilahirojiun....
esh..eshh...ermm..amer punya pgalaman kerrr???
:p
hahahahahaha... betullah yg las sekali tu kan... Allah lebih sayang kan dia.
kak ila,
bkn la...
chime,
betul la kot..
hahahahaha....lawak giler...aku rasa kalau letak kfc & mcd tu cepat sikit bangun tu...hahhaa
Post a Comment