Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Tuesday, March 31, 2009

Pemberian dari ku

Dan people yang akan dapat gift ni adalah seperti berikut


Don't forget to comment when you are done reading

Monday, March 30, 2009

Malam Penulis dan Penggubah Lagu


Selalunya sesebuah anugerah memberi pengiktirafan kepada penyanyi kerana kecemerlanagan sesebuah lagu. Jarang orang yang mencipta lirik dan melodi diberi pengiktirafan kerana kerja mereka. Nama-nama di belakang sesebuah lagu terbela nasib dan hak, sejak penubuhan Music Authors’ Copyright Protection (MACP) 12 tahun dulu. Namun begitu penubuhan dan fungsi MACP tidak mendapat pendedahan meluas dikalangan orang awam. Tidak dinafikan, ada juga dikalangan artis baru tidak tahu apakah fungsi sebenar MACP.Dengan pelbagai anugerah yang dianjurkan, MACP juga tidak mahu ketinggalan. Selepas 12 tahun, 2008 menyaksikan kemeriahan Anugerah MACP yang diadakan di Auditorium Penyiaran Kuantan, Pahang.

Ini adalah kali kedua anugerah ini disiar secara langsung di kaca televisyen. Walau bagaimanapun, kemeriahan anugerah tahun lepas tidak semeriah tahun ini. Pengerusi MACP, Habsah Hassan memberitahu, Anugerah MACP sebelum ini diadakan secara tertutup dan dihadiri penggiat muzik. Semenjak tahun lalu MACP bekerjasama dengan RTM untuk menyiarkan anugerah ini secara langsung agar penonton dapat merasai kemeriahan disamping mengenali insan bertanggung jawab mencipta dan menulis melodi lagu.


Don't forget to comment when you are done reading

Sunday, March 29, 2009

Hehe..

halo..halo..
dengar tak..
ni nak cerita..
pasal keyboard..
hari tu keyboard..
hitam buat hal..
yang gambar kecil tu
bawah sekali tu
semua dalam gambar...
kecil ni rosak..
huih panas..
panas..
panas..
cari punya lah cari..
akhirnya dapat juga..
keyboard lama..
nasib baik boleh guna


yang ni saja je nak tunjuk...
handphone ku yang tak lawa..
hehe..


Selalu saya tunjukan..
ruangan di..
dalam bilik tidur..
ni nak tunjukkan..
ruangan di dalam..
bilik air..
pulak..





Don't forget to comment when you are done reading

Saturday, March 28, 2009

Fast & Furious 4


Mari tengok trailernya



Don't forget to comment when you are done reading

Friday, March 27, 2009

Tags

Hye semua, alien ijo kembali..ni ha saya nak jawab tag dari dua orang gadis, Nurain dan Key sebelum saya jawab tag dari nurain dulu, saya nak minta maaf, kerana tag ni akan saya ringkaskan.Tag ini menyuruh saya tunjukkan apa yang ada dalam 'wallet' jadi saya tunjukkan luaranya saja.

Dalam ni semua ada, bukan saja ada identiti alien ijo, malah kad kredit alien ijo turut ada dan saya tak akan tunjukkan pada umum
'I spent my entire life trying to hide my identity'

Kali ni tiada mangsa..

Dan tag dari key

1.How old are you?

  • 21

2. Are you single?
  • yes, and have single album :P

3. At what age do you think you’ll get married?
  • mybe 24

4. Do you think you’ll marrying the person you are with now?
  • yes

5. If not, who do you want to marry?
  • with my wife la

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
  • bride maid? 0rg gaji mah bedah best man? superman

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
  • traditional wedding

8. Where do you plan to go on honeymoon?
  • planet hitam

9. How many guests do you think you’ll invite?
  • 43 rakyat alien ijo dan 53 rakyat bumi

10. Will that include your exes?
  • tak faham

11. How many layers of cake do you want? layer cake?
  • setinggi dua tingkat je

12. When do you want to get married, morning or evening?
  • evening

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding?
  • lagu rancak, tapi, kena selitkan lagu romantis

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
  • i don't mind, everywhere also can

15. Champagne or red wine?
  • air ijo..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
bef0re wedding bule?
  • days after the wedding

17. Money or household items?
  • ape tujuan soalan ni?

18. How many kids would you like to have?
  • 3 cukup la

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD
  • DVD

20. Whose wedding plan would you like to know next?
  • sahabat alien ijo, dan manusia di jemput, jangan lupa pakai sut keselamatan


Don't forget to comment when you are done reading

Thursday, March 26, 2009

Bahan bukti

Along Arman, you want proof about
'bukit berdekatan rumahku'?
I show you
look this picture

see
bukit

pokok tumbang
hari tu hujan lebat



(kapal alien ijo terhempas) :P
My ship is gone
Dipecayai manusia mengambilnya,
kerana ingin selidik apa yang ada dalam kapal tu



Don't forget to comment when you are done reading

Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour 2009

28th of March 2009 between 8.30pm-9.30pm

This year, WWF Malaysia and its partners are planning Eart Hour 2009, which will be launched in Malaysia

for the very first time. Earth Hour is a programme aimed at spreading awareness about energy conservation

and global warming through a very simple premise: Everyone, everywhere, in every city in the world, is

encouraged to turn out their lights for one hour.


Planet hijau da bergelap dah.....:P


Don't forget to comment when you are done reading

Tuesday, March 24, 2009

Apa kes?


Apa pendapat anda tentang penunggang motosikal di larang masuk ke pusat bandar?
Pendapat saya la kan...memang x patut...diorang ingat penungang motosikal macam kita suka ragut beg tangan. perempuan dengan erti kata lain peragut..macam la kereta tak boleh ragut beg tangan kan....jadi apakah pendapat anda tentang perkara ni....apa kehe nye semua ni....



Don't forget to comment when you are done reading

Sunday, March 22, 2009

Template baru


see..
cantik?..
simple je...
saja nak buat perubahan sikit
hehe..


Don't forget to comment when you are done reading

Thursday, March 19, 2009

Namaku di setiap keratan akhbar


Don't forget to comment when you are done reading

Wednesday, March 18, 2009

Yusry KRU - Jika ku tak bangun esok pagi.


Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi - Yusry KRU

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerana insan yang seistimewamu
Berhak untuk dicinta dalam hidup

Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini
Namun yang pasti
Walaupun ku tiada nanti
Cintaku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi


Don't forget to comment when you are done reading

Tuesday, March 17, 2009

Brunei gugur tuntutan

ABDULLAH dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah
bertukar-tukar dokumen di Istana Nurul Iman di
Bandar Seri Begawan, semalam.


Limbang tidak lagi jadi perebutan, kekal hak Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ketetapan itu adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai menerusi rundingan perjanjian bersama Malaysia-Brunei berhubung isu persempadanan darat dan maritim membabitkan kedua-dua negara

"Rundingan mengenai isu persempadanan ini berlangsung sejak 1995 dan kini perkara pokoknya sudah diselesaikan manakala butiran terperinci akan dibincang jawatankuasa yang bakal dibentuk. Ini termasuk perkara berkaitan (tuntutan) Limbang yang memang sudah diketahui semua pihak.


"Ia kini selesai dan Brunei telah menggugurkan isu ini. Limbang kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia, selaku wilayah kita," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, di sini semalam.

Isu mengenai tuntutan ke atas Limbang, yang kedudukannya diapit oleh daerah Brunei-Muara dan Temburong (ke arah Sabah) timbul setiap kali masalah persempadanan Malaysia-Brunei dibangkitkan sejak pembentukan Malaysia pada 1983.

Daerah itu, yang mempunyai keluasan 3,978 kilometer persegi, didiami penduduk etnik Melayu, Lun Bawang, Cina, Kedayan, Iban, Bisaya, Kelabit, Tagal dan Penan. Ia menjadi sebahagian Sarawak ketika pemerintahan James Brooke pada 1890. Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan dan menganggotai Malaysia pada 1963, Limbang kekal sebagai satu daripada daerahnya.

Abdullah, yang dalam rangka lawatan dua hari ke sini, berkata dengan selesainya masalah itu, Brunei dan Malaysia memasuki era baru dalam perhubungan dua hala dan kerjasama pelbagai bidang.

"Saya ingin menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah dan kerajaan Brunei atas kerjasama yang diberi.

"Kita juga yakin penyelesaian isu tuntutan itu dicapai tanpa ada perkara yang menimbulkan sebarang perasaan tidak senang hati atau negatif dan Insya-Allah, ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, sebelum kedua-duanya menandatangani Surat Pertukaran (LoE) yang antara lain mengandungi beberapa prinsip kerjasama untuk dilaksanakan ke arah menentukan persempadanan darat dan maritim dua negara.

Antara delegasi Malaysia yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Delegasi Brunei pula membabitkan Putera Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua, Pehin Datuk Seri Setia Lim Jock Seng.

Dalam kenyataan bersama Abdullah dan Sultan Hassanal Bolkiah yang dikeluarkan semalam, kedua-dua pihak bersetuju bahawa:
  • LoE itu memuktamadkan persempadanan maritim Malaysia-Brunei, pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, penentuan sempadan darat Malaysia-Brunei serta hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli;
  • Penyelesaian isu persempadanan maritim menentukan ketetapan sempadan laut, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kedua-dua negara. Malaysia dan Brunei berhak melaksanakan undang-undang dan peraturan, di samping memulakan pembangunan baru di perairan sendiri;
  • Persempadanan darat Malaysia-Brunei akan diselesaikan berdasarkan lima perjanjian bersejarah sedia ada antara kerajaan Sarawak dan Brunei;
  • Pertukaran Surat itu mencerminkan kemampuan kedua-dua negara mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan memanfaatkan semua pihak;

  • Pegawai kedua-dua negara akan mengambil langkah susulan, selain memantau pelaksanaan penuh segala peruntukan yang terkandung dalam dokumen terbabit; dan

  • Kedua-dua pemimpin yakin LoE itu akan membuka laluan ke arah pembentukan perkongsian strategik dan kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang terutama pelaburan dan perdagangan, sumber tenaga dan hidrokarbon, pelancongan pendidikan, pertanian, infrastruktur, perbankan, industri halal dan hubungan sesama penduduk dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.
_____________________________________________________________________

Chong Wei bukti telahan salah

Yongbo akui pemain nombor satu dunia itu mampu ancam dominasi China


Rasa sangsi yang beraja dalam sanubari - betapa Lee Chong Wei belum berupaya menjustifikasikan status sebagai pemain nombor satu dunia - sudah terjawab di St Jakobshalle, Basel, malam kelmarin.

Kemenangan ke atas jaguh China, Lin Dan, buat mengungguli Terbuka Switzerland jadi bukti terbaik menepis telahan betapa lonjakan ke kemuncak ranking dunia itu semata-mata kerana ketiadaan pemain negara Tembok Besar di beberapa saingan antarabangsa.


"Bagi saya, ia bukti bahawa Chong Wei sudah mencapai tahap di mana dia layak dikategorikan dalam kelas tersendiri. Ketika ini, mungkin hanya dia dan Lin Dan di posisi itu.


"Malah Li Yongbo (ketua jurulatih China) sendiri akui bahawa Chong Wei adalah satu-satunya pemain yang boleh menjelmakan ancaman terhadap dominasi mereka," kata jurulatihnya, Misbun Sidek.

Selain Chong Wei, peminat badminton negara juga turut ceria, kelmarin selepas pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga gah muncul juara menewaskan pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen 11-14, 21-18.

Namun, Misbun sedar kemenangan 21-16, 21-16 ke atas Lin Dan itu hanya menjamin satu realiti - betapa juara Olimpik dan dunia itu akan mempertingkatkan lagi tahap persembahan untuk menundukkan Chong Wei.

"Kita perlu ingat bahawa Lin Dan tidak akan duduk diam. Malah saya jangkakan akan ada ketika selepas ini, Chong Wei kalah dengannya. Mungkin tahun ini, sasaran Lin Dan menang kejohanan dunia dan sudah tentu dia akan menyiapkan diri.

"Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk Chong Wei ialah sentiasa bersedia. Mungkin akan ada beberapa kekalahan, tetapi Chong Wei tidak akan kalah semuanya," kata Misbun.

Bukti itu ketara kerana selepas tiga kekalahan berturut-turut - pada final Sukan Olimpik, Terbuka China dan Seluruh England - Chong Wei berjaya memenangi pertentangan, kelmarin.

"Untuk harapkan Chong Wei bangkit dan menang setiap kali dia kalah kepada Lin Dan, itu mungkin mustahil. Kerana kualiti rakan sepelatih dimiliki Lin Dan jauh lebih baik dengan apa yang ada untuk Chong Wei.

"Chong Wei harus sentiasa cuba dan tidak menyerah kalah. Kerana atas segala usaha dan kesungguhannya, pasti akan ada ketikanya Lin Dan menampakkan kegoyahan, dan dia harus sedia untuk memanfaatkannya lagi," kata Misbun.


Don't forget to comment when you are done reading

Sunday, March 15, 2009

Just wanna say

Across the miles
you've brought me smiles
you've wiped my tears
by lending an ear
althought my voice you have not heard
you've listened carefully to my
thoughts
my feellings
my words.
And I want you to know
I'm glad we met
over the net,
'cause my heart is
happy deep down inside
you've a treasure my friend
and that's no lie!
Thank's for your frienship!



Don't forget to comment when you are done reading

Saturday, March 14, 2009

Siapakah kita?

Siapakah orang yang sombong?

  • Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah(S.W.T), Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
  • Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
  • Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
  • Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
  • Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
  • Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah (s. a. w.)
Siapakah orang yang buta?
  • Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
  • Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
  • Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
  • Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
  • Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya?
  • Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
  • Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
  • Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
  • Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
  • Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
  • Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
  • Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
  • Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
  • Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
  • Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
  • Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
  • Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
  • Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka


Don't forget to comment when you are done reading

Friday, March 13, 2009

Menghormati azan

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri. Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah semasa sakaratul maut menghampiri kami"


Don't forget to comment when you are done reading

Thursday, March 12, 2009

Promote

Hari ini saya ingin promote sebuah blog baru kepada anda.

Segala isi dalamnya merupakan baju-baju yang tersergam indah.

Dan fashion baju yang terkini.

Just click this banner

ColorLicious

Here the place where you can shop

for your clothing like tops and dresses

with an affordable, and also fashionable

designs and most of all a very good quality.


Don't forget to comment when you are done reading

Tuesday, March 10, 2009

Tag oh tag

Tag...kenapa kau muncul di saat aku ingin selamatkan orang...haha berhenti melalut....hehe sekarang saya menerima tag dari seorang blogger namanya Cik Peanut...baru je kenal dengan dia ni so salam perkenalan...

Ini tagnya...

Tanda

Tanda kamu badmood

  • Buat kerja tak berfaedah...macam lompat banggunan ke banggunan..:P
Tanda kamu marah
  • Mendiamkan diri..tanpa senyuman langsung....
Tanda kamu sinting?
  • What?...i dont understand...
Tanda2 kamu malu
  • Tak nak bagitau...boleh...hehe
Tanda2 kamu sedang cemburu...
  • Kalau awek call je cakap macam ni"erm, tak pelah bye2x.." tanpa sebarang alasan yang kukuh..saya pergi rumah dia...berbincang...kalau jawapan dia tak memuaskan hati saya mula la nak jadi green arrow..panah je awek tu...haha padan muka..:P
Tanda2 kamu sedang sedih-
  • Menyendiri
Tanda2 kamu gembira
  • Pergi disko...haha takde la......

APA

Apa warna baju kamu pakai sekarang?
  • Baju warne putih...seluar panjang warna hitam
Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
  • Tidak....
Adakah kamu percaya love at first sight?
  • Mula-mulanya percaya...sekarang percaya yang kat atas je..
Apa ingin kamu lakukan sekarang?
  • Tengah jawab tag la...
Apa rase di hati kamu sekarang?
  • Jap..kena makan dulu...tak tahu pe rase..

BILA

Bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia?
  • 18 Dis 1987..masa tu otomen chime sibuk lawan dengan raksasa....haha:P
Bila saat terindah dalam hidup kamu?
  • Masa pergi dating kat rumah si dia...hehe
Bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa?
  • Masa darjah 6 kot...
Bila kamu akan married?
  • Mybe arini kot...ekekek...tak tahu lagi la...

BAGAIMANA

Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati?
  • Mula la penyakit m (mengamuk) menguasai diri..argggggggh...haha...tak masuk ke tahap tu lagi..just diam je...

Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
  • Nak buat macam mana...dah ditakdirkan hensem...hehe...riak la pula
Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
  • Cari awek lain...haha:P
Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu?
  • Kalau kat tempat kerja...lantak la...
Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api?
  • Apa lagi tiup la...hehe
Bagaimana jika kamu keseorangan?
  • Rilek la.....saya tak akan buat perkara yang tidak berfaedah

SIAPA?
  • Hmm...nak tag siapa ya...tak nak la tag sesiapa...tapi ingat...i'm watching you...haha..opsss...hehe


Don't forget to comment when you are done reading

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul


Setelah membaca kisah Rasulullah di blog Aie Bahri dengan tiba-tiba air mata ini berguguran
kerana keinsafan kita yang lalai menyempurnakan tugas kita sebagai seorang Islam

Marilah kita bersama-sama memeriahkan
Sambutan Maulud Nabi sebagai tanda kasih nya
kita kepada junjungan mulia baginda Rasulullah s.a.w



Don't forget to comment when you are done reading

Saturday, March 7, 2009

Puisi untuk diri sendiri

Aku sendiri...
Menyepi...
Akhirnya mengakui...
Yang aku ini kacak...

hahaha..puisi ke tu?


Don't forget to comment when you are done reading

Friday, March 6, 2009

Bajet Mini RM10b




  • RM5 bilion untuk belanja mengurus
  • RM5 bilion untuk biaya pembangunan

    KUALA LUMPUR: Bajet Mini bagi merangsang ekonomi negara yang akan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Selasa, ini dijangka membabitkan peruntukan RM10 bilion, tidak termasuk pelbagai insentif lain.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, berkata berkata kira-kira RM5 bilion daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi tujuan perbelanjaan mengurus, manakala bakinya akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan.

    "Saya fikir ia adalah lima (bilion) campur lima (bilion) seperti yang dibacakan hari ini tetapi semua (butirannya) boleh diketahui 10 Mac ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

    Sebelum itu, Kong membuat bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat. Bacaan kali kedua akan dibuat oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada jam 4 petang, 10 Mac ini.

    Kong enggan mengulas lanjut butiran terperinci Bajet Mini itu dan menjelaskan, pengumuman lengkap mengenai pakej rangsangan berkenaan akan dibuat oleh Najib pada hari pembentangannya nanti.

  • Datuk Kong cho ha

    Terdahulu, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengendalikan sidang ketika bacaan kali pertama itu, berkata rang undang-undang itu adalah Mini Bajet tetapi disebut sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan mengikut istilah Dewan Rakyat.

    Beliau memberi penjelasan itu apabila Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bertanyakan sama ada rang undang-undang yang dibacakan Kong itu adalah sama dengan Bajet Mini yang akan dibentangkan Selasa ini.

    Sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengah hari, seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, pula memaklumkan dokumen rang undang-undang itu sudah diedarkan kepada semua anggota Dewan untuk kegunaan rujukan ketika perbahasan.

    Beliau yang merujuk dokumen itu sebagai Kertas Perintah 4 dan 5 Tahun 2009, bagaimanapun mengingatkan bahawa semua maklumat itu tidak boleh diedar atau disebarkan kepada pihak lain sehingga ia dibentangkan Selasa depan.

    November lalu, Najib mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama yang tambahan perbelanjaan RM7 bilion untuk mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar.

    Perbelanjaan tambahan hasil penjimatan subsidi minyak itu akan disalurkan kepada 15 bidang meliputi perumahan, pendidikan.


    Don't forget to comment when you are done reading

    Tuesday, March 3, 2009

    Tag

    Hye.I'm back...baru balik kerja ni...tiba-tiba ada tag pulak..

    Tag ini dari Izzuddin

    Ape nama penuh anda?

    • Amer Aan b. Ahmad

    Nama apa yang anda harap itu nama anda?
    • Amer Aan is the best name, nak harap apa? mak ayah dah bagi nama ni pun dah cukup bangga..

    Post 4 pictures latest korang yang esklusif yang xde sape tengok lagi
    4 picture?
    "tolong gelak ye..bila tengok gambar kereta mainan ni...hahaha"


    Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?
    • Berjumpa gadis yang faham isi hati saya

    Apa prinsip hidup anda?
    • Maju ke hadapan, jangan sesekali undur

    Apa perangai anda yang paling buruk?
    • Memanjat dinding seperti spiderman...ekekek

    Tulis di atas sekeping kertas n postkan juga
    "ucapan anda kepada saya bersama tandatangan anda"

    Tagkan 10 orang kenalan anda


    Don't forget to comment when you are done reading

    Monday, March 2, 2009

    Azizulhasni gah di Melbourne

    Juarai dua acara pada Kejohanan Sid Patterson Grand Prix 2009
    Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang (gambar) tampak sudah menemui kepantasan yang dihendakinya ketika menjuarai dua acara pada Kejohanan Sid Patterson Grand Prix 2009 di Melbourne, lewat kelmarin.

    Pelumba ranking nombor satu dunia acara keirin berasal dari Dungun, Terengganu itu, mengungguli saingan acara kesukaannya itu selain perlumbaan scratch gred A, bagi memberikannya dua kejayaan sekali gus.

    Selain Azizulhasni, kejohanan itu juga menampilkan Fatehah Mustafa yang juga pelumba tunggal wanita negara berpangkalan di Melbourne - menjuarai tiga acara termasuk keirin, scratch dan handicaped.

    Pelumba muda negara, Adiq Husaini pula berkedudukan kedua penyingkiran manakala Hariff Salleh turut muncul pemenang acara scratch gred B dan kedua motor pace.

    Walaupun kejohanan itu hanya dianggap sebagai pemanas badan, penampilan Azizulhasni jelas semakin memberangsangkan apa lagi dia bakal berdepan saingan sebenar pada Kejohanan Trek Dunia di Pruskow, Poland, 25 hingga 29 Mac ini.

    Pelumba yang diharapkan akan mampu membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik London 2012 itu kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum ke Pruskow selepas mengungguli dua Piala Dunia yang melayakkannya ke kejohanan paling berprestij itu.

    “Tiada lagi kejohanan selepas ini dan saya hanya menantikan Kejohanan Dunia di Pruskow nanti,” kata pelumba berusia 21 tahun itu.

    Di Poland nanti, Azizulhasni akan menyarung Jersi Nombor 1 sebagai pelumba utama kejohanan selepas memungut mata terbanyak pada sirkit Piala Dunia sebelum ini.

    Dia mengumpul 24 mata selepas menjuarai acara keirin pada dua pusingan di Melbourne dan Beijing sekalipun tidak mengambil bahagian pada Pusingan 1 di Manchester dan Pusingan 3 di Cali, Colombia.

    Sebelum ini, pelumba cilik itu menyifatkan dia masih berlatih bagi mendapatkan puncak prestasi di Poland dengan sasaran utama untuk meraih emas pertama buat negara dalam kejohanan utama kalendar berbasikal trek dunia itu.


    Don't forget to comment when you are done reading