Selalunya sesebuah anugerah memberi pengiktirafan kepada penyanyi kerana kecemerlanagan sesebuah lagu. Jarang orang yang mencipta lirik dan melodi diberi pengiktirafan kerana kerja mereka. Nama-nama di belakang sesebuah lagu terbela nasib dan hak, sejak penubuhan Music Authors’ Copyright Protection (MACP) 12 tahun dulu. Namun begitu penubuhan dan fungsi MACP tidak mendapat pendedahan meluas dikalangan orang awam. Tidak dinafikan, ada juga dikalangan artis baru tidak tahu apakah fungsi sebenar MACP.Dengan pelbagai anugerah yang dianjurkan, MACP juga tidak mahu ketinggalan. Selepas 12 tahun, 2008 menyaksikan kemeriahan Anugerah MACP yang diadakan di Auditorium Penyiaran Kuantan, Pahang.
Ini adalah kali kedua anugerah ini disiar secara langsung di kaca televisyen. Walau bagaimanapun, kemeriahan anugerah tahun lepas tidak semeriah tahun ini. Pengerusi MACP, Habsah Hassan memberitahu, Anugerah MACP sebelum ini diadakan secara tertutup dan dihadiri penggiat muzik. Semenjak tahun lalu MACP bekerjasama dengan RTM untuk menyiarkan anugerah ini secara langsung agar penonton dapat merasai kemeriahan disamping mengenali insan bertanggung jawab mencipta dan menulis melodi lagu.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
2 comments:
kal0 jd penulis lirik bule jd kaya tak? haha~
hmm..
bole kot
Post a Comment