Ramai yang nak tahu apa yang saya sebutkan 'somewhere' actually saya ditukarkan kerja, bukan saya tak bagus ye wahai blogger sekalian. I will transfer next week
Follower's
Wednesday, April 22, 2009
Somewhere di Puchong
Posted by Mr Aan at 1:28 PM 26 comments
Labels: uhmmm
Monday, April 20, 2009
Favourite Outfit
Hye semua...di kesempatan ini saya ingin buat tag yang diberi oleh eazy ni
tak mahu buang masa ini rules untuk tag ni
1. Copy title kat atas tu.
2. Buat satu sedikit "kenyataan" tentang "Outfit" kegemaran korang,macam pendahuluan.
3. Cari "Outfit" kegemaran korang kat "Google Image Search"
4. Tak kire la ape segala occasion yang korang suke pakai macam gi party ke, gig ke, berak ke.
5. segale pakaian mestilah start dari kepale hingge ke kaki.tak kire la brape banyak pon. accessories pon boleh,yang rare,mane-mane pon boleh.janji termasuk dalam kategori pakaian.
6. letak caption kat setiap gambar.macam brand ke,lagi best kalo ngan harge skali.
7. lastly,buat kesimpulan tentang outfit favourite korang.lantaklah kalau korang ni perasan ke.
8. pedajal 6 orang member korang dengan menge"tag" mereka
Kepala
cermin mata boleh dikatakan aksesori tetap saya dan satu kemestian sebab saya rabun..hehe boleh dikatakan aksesori di kepala saya hanya cermin mata
Badan
suka pakaian yang simple macam ni
Kaki
suka kasut camni
ada yang saya tertinngal ke?
tak nak tag sesiapa...
Posted by Mr Aan at 5:37 PM 18 comments
Sunday, April 19, 2009
Pergi jauh dari sini
Assalamualaikum semua, I have something to tell you all, dalam beberapa hari saya tak online blog, ym, dan sewaktu dengannya tapi tak sure mybe esok, mybe minggu depan benda ni tak terancang saya pun baru dapat tahu yang saya kena pergi ke suatu tempat, so sudi-sudi la singgah blog ijo walaupun alien ijo tak online
Posted by Mr Aan at 3:46 PM 29 comments
Labels: uhmmm
Saturday, April 18, 2009
Slot akasia - TFC
Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal
Mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat
Dipinggirkan
Namun kita manusia senang
Dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan
Tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas
Ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran
Hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk
Sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak
Dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi
Ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
Posted by Mr Aan at 1:46 PM 7 comments
Labels: uhmmm
Friday, April 17, 2009
Pengakuan aka mengarut
(sambungan)
Beberapa anggota polis mencari di keseluruhan dewan, tapi tak berhasil. Seorang polis mengarahkan anggotanya mencari di setiap tempat ini 'saya nak kamu semua cari pemuda itu sampai dapat kalau tak tempat kita tak aman' kata polis itu.
Disebuah bangsal yang agak berdekatan di situ, pemuda itu sembunyi di situ tanpa seorang mengetahuinya. Ada seorang nenek tua datang dari belakang menghampiri pemuda itu 'cu buat apa kat sini cu' kata nenek itu. Pemuda itu diam seketika dan dalam fikirannya patutkah dia menceritakan tentang dirinya kepada nenek tu 'nek, sebenarnya saya tak tahu macam mana nak bagitahu kat nenek' pemuda itu berbisik dengan nenek tu tak sampai seminit nenek tua itu terkejut dan tidak menyangka yang pemuda yang dijumpai di bangsal itu adalah makhluk dari planet lain 'saya kena pergi dulu nek' katanya sambil bersalaman dengan nenek itu dan bergegas dari situ..
Sekumpulan anggota polis dan tentera menghampiri bangsal itu dan seorang anggota polis itu mengenali nenek tua itu dan bertanya kepada nenek itu 'hello nenek, nenek ada tak nampak seorang pemuda berdekatan bangsal ini pemuda itu tak berapa tinggi' kata anggota polis itu bertanyakan seorang pemuda lalu nenek itu jawab 'tidak ada sesiapa pun yang lalu di bangsal ini nak' kata nenek itu. Angota polis itu yang berusia 31 tahun itu menunjukkan foto pemuda itu kepada nenek, nenek itu berkata lagi 'nenek dah kata tadi tiada seseorang yang lalu kat sini' angota polis itu merasakan ragu-ragu terhadap nenek seolah-olah nenek sembunyikan sesuatu 'nek pemuda itu bukan berasal dari bumi
dia makhluk asing dari planet lain dan akan kacau bilaukan manusia..hmm..tak mengapalah nek izinkan kawan saya mengeledah tempat ini' tanpa buang masa anggota polis itu mengarahkan kawanya seramai 5 orang mengeledah bangsal tersebut. Nenek itu menangis mengatakan tiada seseorang pun kat sini melainkan nenek dan suami nenek.
Beberapa kemudian pemuda makhluk asing itu muncul dan menyerah diri, dia tidak mahu menyusahkan nenek itu lagi, beberapa anggota polis dan tentera mengacukan pistol dan senapang yang berkuasa tinggi yang dapat menghancurkan pemuda itu molekul demi molekul. Seoran anggota polis berkata dengan pemuda itu 'saya tidak mahu tahu asal usul awak dan tolong la balik ke planet awak, jangan ganggu manusia lagi' sekumpulan alien menghampiri ketua mereka (pemuda itu) dan berbisik antara satu sama lain, sejurus selepas itu mereka bebincang tentang ingin mencari kapal, dan selepas perbincangan itu pemuda itu berkata kepada manusia yang berada di bangsal itu 'Jangan berasa takut kedatangan kami adalah untuk mencari kapal saya..ok lah kapal saya dah jumpa, jadi kami akan balik ketempat kami dengan segera, saya minta maaf kalau kedatangan kami tidak disenangi manusia' nenek itu melihat pemuda itu berlalu dari situ, jauh di lubuk hatinya dia masih meragui keadaan. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemuda itu sebenarnya makhluk asing.
dikenal pasti ini wajah pemuda itu selepas berada di bumi
selesailah cerita ini..enjoy your reading..hahaha
sila lempang saya laju-laju
tiru ayat kak amy jap..eheheh..
Posted by Mr Aan at 5:12 PM 19 comments
Labels: uhmmm
Thursday, April 16, 2009
award lagi
Saya alien ijo ingin beritahu yang alien dilamun cinta...wakakaka..takde la...ni nak letak award yang diberi oleh Aku Ayie sorry lambat post..eheheh
Posted by Mr Aan at 5:40 PM 12 comments
Labels: Award
Tuesday, April 14, 2009
Award for me and gift for me to you
Assalamualaikum semua..hari ini saya mahu bubuh award yang diberi oleh Mar, sebelum tu ada TIGA syarat untuk award ini, antara syarat-syaratnya ialah
Pastikan award ini di tampal di kawasan rumah anda.. Tak kira, kanan atau kiri, atas mahupun bawah.. Janji lekat di dinding yer!!
Berikan 5 sebab munasabah kenapa anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini... cheewah.. Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takper..
- blog yg cantik
- susunan blog yg teratur
- pemilik blog yang cantik...ehehehe
- banyak bunga..hihi
- warna ungu yang menawan
Please let me know when you've done it!!
- Its done
Letak award ni di blog anda
Berikan 5 sebab kenapa anda memilih blog ini
Tulis sebarang komen pasal penghantar ini..
Posted by Mr Aan at 5:22 PM 10 comments
Monday, April 13, 2009
Mampukah Mentor 3 menyengat?
Tidakkah TV3 belajar dari pengalaman lalu apabila dua orang juara yang pernah diangkat darpadai program itu iaitu Pija selaku juara Mentor musim pertama (2005) dan Fiq sebagai juara Mentor 2 (2006) tidak membawa sebarang impak di dalam industri?
Bukan itu sahaja, dengan lambakan rancangan realiti yang ada di dalam negara ini, apakah sebenarnya motif dan fokus TV3 untuk meneruskan Mentor untuk musim ketiga.
Menjawab persoalan itu, Muhamad Suffian Isa selaku penerbit Mentor 3 memberitahu, sepanjang tiga tahun, pihaknya telah banyak belajar daripada kesilapan dan kelemahan lalu untuk menjadikan musim ketiga ini lebih baik daripada dua musim dahulu.
Salah satu perubahan besar yang ditampilkan dalam Mentor 3 adalah dengan menjemput enam orang artis yang dipilih menjadi mentor untuk memilih, menilai dan menjalankan uji bakat sendiri dalam menentukan mereka yang terbaik untuk dijadikan protege.
"Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang apabila musim ketiga ini muncul tetapi misi kami kali ini adalah untuk melahirkan bakat baru yang mampu memberikan impak yang besar untuk industri.
"Dengan memberi sepenuh kebebasan kepada mentor untuk memilih protege mereka sendiri, kami percaya Mentor 3 mampu memberikan sesuatu yang berbeza untuk penonton dan pecinta muzik tempatan," katanya pada sidang media yang diadakan di Sri Pentas, TV3, baru-baru ini.
Posted by Mr Aan at 5:32 PM 9 comments
Labels: uhmmm
Saturday, April 11, 2009
Tag again
Assalamualaikum..selamat pagi...hari ni saya nak jawab tag yang diberi oleh Kak Mizzamy
Tajuk : Gambar Profile Terbaik
1. Letakkan gambar profile anda
2. Terangkan apa maksud gambar itu
meaning that picture is there's a human being inside there hahaha..
3. Kenapa pilih atau letak gambar tu?
saja-saja..hehe
4. Tag 5 lagi blogger
no one
Posted by Mr Aan at 1:16 AM 16 comments
Labels: Tags
Thursday, April 9, 2009
Azan Addin pengasas Echo Park
Pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan taraf ekonomi. Jika kebanyakan artis cenderung kepada perniagaan makanan, anggota Ruffedge, Azan Addin pula memilih cabang berbeza namun mempunyai kena mengena dengan kerjaya nyanyian apabila memilih perniagaan pakaian.
“Saya rasa tak salah ceburi perniagaan pakaian asalkan ia masih lagi ada kena mengena dengan kerjaya saya. Sebelum ini pun saya pernah melukis komik dan seni reka. Ada juga beberapa idea unik lain sedang saya fikirkan tetapi masih lagi dalam perancangan. Saya juga yakin keadaan ekonomi sekarang tidak akan menjejaskan perniagaan saya kerana satu hari nanti ia akan pulih juga,” katanya yang ditemui selepas pelancaran butiknya
“Selama tempoh itu, Ruffedge belum pernah pudar lagi di mata peminat. Jadi inilah masanya untuk kami menuai hasil yang disemai selama ini,”
Menurut Azan lagi, keyakinan untuk terbabit di dalam perniagaan itu juga didorong oleh semangat diberikan oleh Ahmad Izham Omar kepadanya.
Memilih Shah Alam untuk memulakan perniagaannya, Azan berkata dia memilih lokasi berkenaan kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Klang yang akan memudahkan peminat jenama untuk mendapatkan Echo Park tanpa perlu meredah kesesakan jalan raya untuk ke ibu negara.
Bagaimanapun, Ruffedge yang kini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman tidak berhasrat untuk menghasilkan album penuh. Sebaliknya Ruffedge turut mengguna pakai kaedah yang popular ketika ini iaitu dengan mempertaruhkan single terlebih dulu. Kumpulan itu baru saja muncul dengan dua single Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis serta bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Posted by Mr Aan at 12:13 AM 14 comments
Tuesday, April 7, 2009
Award bersyarat
hye semua,hari ni alien ijo nak bubuh award yang diberi oleh dill
sori dill..lambat bubuh..hehe
RULES
1)copy image kat bwh nieh.
2)tulis sebarang komen pasal penghantar ini..
- seorang yang sopan santun
- cute
- rajin mentelaah
siapa ya..
Posted by Mr Aan at 11:13 PM 7 comments
Labels: Award
Monday, April 6, 2009
Jangan Tegur
Posted by Mr Aan at 7:02 PM 19 comments
Labels: uhmmm
Sunday, April 5, 2009
Pengakuan
Sorry,ini ada berkaitan tentang seorang pemuda membuat pengakuan di khalayak ramai tentang alien hijau
Di dalam dewan yang begitu ramai orang, seorang pemuda dengan tanpa segannya pergi ke atas pentas dan memberi pengakuan kepada semua orang 'Saya nak buat pengakuan sikit, saya bukan manusia saya alien dari planet ijo' suasana di dewan begitu riuh rendah sebaik saja mendengar pengakuan pemuda itu. sekumpulan polis bergegas ke dalam dewan itu dan pemuda itu panik berlari dari situ tanpa meninggalkan jejak
begitu la ceritanya..haha
Posted by Mr Aan at 6:02 PM 15 comments
Labels: uhmmm
Saturday, April 4, 2009
Bank
tentang satu berita tentang bank
memberi pinjaman senjata api..
apakah tindakan supaya bank tidak memberi pinjaman
senjata api?
Posted by Mr Aan at 3:36 AM 12 comments
Labels: Gambar
Friday, April 3, 2009
Thursday, April 2, 2009
Kena tengok ni
ni antara sebab kenapa Pak Lah nak bersara..
mybe nak jadi polis sebab nak tangkap alien ijo ni kot...
kehkeh..
Pak Lah tak aibkan Najib
Posted by Mr Aan at 5:59 PM 18 comments
Labels: Gambar
Wednesday, April 1, 2009
Lukisan saya
Posted by Mr Aan at 5:15 PM 28 comments
Labels: Gambar