Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Thursday, September 4, 2008

China tekad dominasi temasya Paralimpik

BEIJING: Masih merasai kegemilangan menganjurkan Sukan Olimpik yang berjaya, China sekali lagi mahu melangkah ke arah kegemilangan dengan janji untuk menampilkan temasya Paralimpik terhebat dengan atlit mereka akan mendominasi. 

Dengan lebih 4,000 atlit dari seluruh dunia akan beraksi dalam 20 acara sukan, Paralimpik yang akan bermula Sabtu ini akan dilangsungkan di gelanggang sama bagi saingan Olimpik bulan lalu seperti Stadium Sarang Burung dan Water Cube. 

Tuan rumah, yang mendahului pungutan pingat pada temasya Paralimpik 2004 di Athens dengan 63 emas, mengatasi Britain dan Kanada, dijangka sekali lagi mendominasi - dan mungkin lebih hebat daripada apa yang mereka lakukan pada Olimpik.

“China ketika ini amat kuat berbanding yang lain dalam Sukan Paralimpik dan selepas melihat usaha mereka pada Sukan Olimpik, mereka pasti mahu mengambil kesempatan penuh beraksi di gelanggang sendiri dalam temasya ini,” kata chef-de- mission Britain, Phil Lane. 

“Melihat kepada jumlah peserta yang akan bersaing, sukar buat mana-mana negara untuk menewaskan China dalam pungutan pingat.” 

Selain China yang tampak akan mendominasi temasya selama 11 hari itu, tumpuan juga akan diberikan kepada jaguh acara trek Afrika Selatan Oscar Pistorius — digelar ‘Blade Runner’ disebabkan dia menggunakan bilah carbon fibre yang memberikannya pelbagai kejayaan.

Rakan senegara, Natalie du Toit, yang menduduki tempat ke-16 dalam acara renang maraton wanita 10 kilometer pada Olimpik bulan lalu, tampak akan menjadi bintang di kolam renang. 

Sebanyak 20 acara sukan termasuk olahraga, renang, powerlifting, lawan pedang kerusi roda dan dua jenis bola sepak - lima dan tujuh sebelah - selain yang kurang dikenali seperti goalball dan boccia. - AFP



Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: