Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari saya,ampun maaf dipinta andai tersalah tingkah laku dan tersilap kata-kata.Semoga Syawal kali ini memberi seribu erti kebahagian untuk kita.Moga-moga diberkati dan dirahmati olehNya selalu.

Aidil Fitri adalah Hari Bertafakur.Ia adalah hari untuk kita merenungi dan menginsafi perlakuan kita sepanjang Ramadhan.Apakah Ramadhan yang berlalu telah mendidik kita?Sudahkan Ramadhan meningkatkan mahmudah kita,menjadikan kita orang yang taat,pemurah, pemaaf, bertimbang rasa,bersyukur,merendah diri dan berkasih sayang?Sudahkah Ramadhan menghilangkan mazmumah dalam diri seperti sombong,tamak haloba,cinta dunia,hasad dengki dan pemarah.Jika ini tidak berlaku, maka kita telah gagal pada Ramadhan kali ini. Puasa kita menjadi sia-sia dan sekadar lapar dan dahaga. Puasa tidak membawa erti apa-apa kerana ia tidak mengembalikan kita kepada fitrah semulajadi. Sedangkan natijah daripada puasa, sepatutnya,ia menyucikan fitrah dan menundukkan nafsu, seterusnya menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Aidil Fitri adalah Hari Bersedih.Sudah kita tahu betapa banyak dosa-dosa yang kita lakukan di bulan Ramadhan maka layaklah kita bersedih di AidilFitri.Di samping itu kita juga bersedih dengan ibadah yang hendak dipersembahkan kepada Tuhan kerana terlalu banyak kekurangan .Apakah ibadah kita Allah terima atau sebaliknya?Apakah ibadah puasa kita itu ada nilai di sisi Tuhan?Takut-takut ibadah tersebut
bukan mendekatkan kita kepada Tuhan tetapi semakin jauh dengan Tuhan.Mohon dilindungi Tuhan.

Aidil Fitri adalah Hari Melahirkan Kegembiraan.Ia adalah hari di mana kita menghiburkan hati insan-insan istimewa seperti anak-anak yatim,orang miskin,kanak-kanak,ibu tunggal, orang-orang tua termasuk ibu bapa kita.Tak terkecuali juga kepada orang yang bermusafir. Gembirakanlah mereka dengan kemesraan kita.Juga jika tidak memberatkan,jamulah mereka dengan kuih-muih serta memberi hadiah.

Aidil Fitri adalah Hari Kesyukuran.Ia adalah hari kita untuk bersyukur kerana Tuhan beri kesempatan kepada kita untuk menjalani berbagai ibadah di bulan Ramadhan terutamanya ibadah puasa.Buktikanlah kesyukuran kita itu dengan bertakbir,bertahlil dan bertahmid.Buktikan ia juga dengan memperbanyakkan sedekah. Berharaplah dengan Tuhan agar Tuhan panjangkan umur
untuk kita dapat bersama di Ramadhan yang akan datang.

Aidil Fitri adalah Hari Bersilaturahim. Ia adalah hari kita berlapang dada,bermaaf-maafan dan melupakan segala persengketaan. Hari kita memohon maaf dan memberi maaf,buang yang keruh dan ambil yang jernih. Juga,gunakanlah peluang ini untuk kita ziarah-menziarahi keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Moga-moga dengan itu nanti,timbul kasih sayang sesama kita,insyaAllah.

Demikianlah pengisian Aidilfitri yang sepatutnya bagi kita,sebagai panduan,agar Aidil Fitri kita mendapat berkat dan rahmat dari Tuhan.


Don't forget to comment when you are done reading

5 comments:

Kakmim said...

hari raya hari utk bermaaf-maafan dan mengunjungi umah sanak saudara yg jarang kita jumpa.. bestnya :)

selamat raye ;)

Mr Aan said...

selamat ari rye kak...;)

roserose*MrsYusof* said...

Entri ini sungguh menusuk ke kalbu tapi maaflah ada yang tak dapat dibuat pada hari raya ini. Semoga Tuhan ampunkan diri ini! Aku hanya menjaga keamanan diri dan dia!

Amer,
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Mr Aan said...

selamat hari raya juga utk ros

sharamli said...

selamatarirayaaidilfitri