Dua beregu lelaki, Lydia Cheah turut semarak cabaran Terbuka Taiwan
Kemaraan pemain veteran, Roslin Hashim (gambar), pada kejohanan badminton Terbuka Taiwan berterusan ke separuh akhir selepas menundukkan lawan dari China, Chen Hong dalam persaingan tiga set, semalam.
Turut mengiringi langkahan ke peringkat sama ialah dua beregu negara, Tan Wee Kiong-Razif Latif serta Hoon Tien How-Ong Soon Hock selain pemain muda wanita negara, Lydia Cheah.
Namun paling manis pastinya kejayaan Roslin ke atas pemain veteran China itu untuk meneruskan pencapaian baik selepas kejayaan memenangi Terbuka Pulau Pinang, tiga minggu lalu.
Roslin menundukkan Chen Hong 21-19, 16-21, 21-12 untuk menjamin pertemuan menentang pemain utama Vietnam, Nguyen Tien Minh yang mara selepas menundukkan pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-12, 21-7.
Tien How-Soon Hock juga turut dipaksa bertarung tiga set sebelum menewaskan lawan dari Indonesia, Hendra Gunawan-Joko Riyadi 17-21, 21-18, 26-24. Lawan menanti mereka ialah pilihan kedua, Candra Wijaya-Tony Gunawan.
Wee Kiong-Razif pula menyalakan harapan untuk melihat dua beregu negara berentap sesama sendiri pada final nanti apabila menewaskan Hendra Wijaya-Uki Kasah Yoga 21-18, 21-16.
Pilihan utama, Mathias Boe-Carsten Morgensen dari Denmark bakal jadi lawan mereka pada separuh akhir, hari ini.
Lydia pula menempatkan diri dalam kelompok empat pemain terbaik selepas menundukkan pemain Jepun, Mayu Sekia 21-18, 17-21, 21-13.
Lawannya ialah pemain tuan rumah, Chia Yi Ju yang mara selepas mengejutkan pemain pilihan keempat dari Belanda, Yao Jie dalam pertarungan tiga set, 21-17, 14-21, 21-19.
Cabaran pemain Kelab Raket Kuala Lumpur, Lee Tsuen Seng pula berakhir pada separuh akhir, semalam, apabila ditundukkan Simon Santoso dari Indonesia 21-17, 21-15.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
2 comments:
mmg bagus bila roslin mara ke final...sama gak cam lydia cheah yg kira masih muda & punya potensi besar...dlm acara beregu lelaki pula gandingan razif latiff-tan wee kiong & ong soon hock-hoon thien how mmg menunjukkan peningkatan & prestasi cemerlang utk menjadi salah satu beregu terbaik dunia pada masa akan dtg...cuma terpulang kpd coach & pasangan itu sendiri berusaha keras utk lbh unggul & juarai sebanyak mungkin turnament besar...termasuk olimpik 2012 nanti
support la mereka
Post a Comment