KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, tarikh permulaan puasa bagi negeri seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 1 September.
Follower's
Sunday, August 31, 2008
Umat Islam mula berpuasa esok
Posted by Mr Aan at 11:39 PM 5 comments
Labels: agama
Saturday, August 30, 2008
Korea Selatan buat kita mandi peluh
Malaysia menang 3-0 tapi terpaksa bergelut.
Ramalan Malaysia mudah menundukkan regu Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki Kejohanan Piala Raja Thailand ke-23 semalam nyata meleset, malah mendedahkan betapa kemampuan pemain negara perlu dipertajamkan supaya tidak menanggung terus aib.
Meskipun menang 3-0 dan merintis jalan ke saingan akhir esok, regu negara nyata mengundang gelisah di kalangan segelintir penyokong di Dewan Pameran Kompleks Beli Belah Fashion Island, pinggir Bangkok semalam apabila Korea berjaya yang dianggap kerdil mengheret pemain negara bermain di tie-break dalam saingan ketiga-tiga regu.
Regu pertama Malaysia yang dibarisi Muhamad Syazwan Husein (tekong), Mohd Hamikhairi Mohd Roslan (perejam) dan Mohd Syafiq Abd Rahman menundukkan regu pertama Korea 21-18, 22-20, 15-10.
Regu kedua pula yang menampilkan Sulaiman Salleh, Mohd Arif Busu dan Fadlansyah Barahim juga bertarung tiga set untuk menundukkan regu Korea, 24-22, 21-16, 16-14 manakala regu ketiga Mohd Khairudin Adenan (perejam), Ahmad Sufi Mohd Hashim (tekong) dan Zulhafizazudin Roslan menang 21-10, 22-24, 15-9.
Pengurus Malaysia, Datuk Awang Sham Awang Amat mengakui skuad negara memerlukan suntikan semangat untuk bersaing di arena antarabangsa kerana perasaan gemuruh jelas mempengaruhi permainan mereka.
"Seharusnya pasukan negara mampu menundukkan lawan kerana sudah mendahului tetapi gagal menggunakan kesempatan. Kelemahan ini akan segera diatasi bagi memastikan pasukan negara dapat memberikan persembahan lebih mantap," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Ahmad Ismail, berkata daripada mutu permainan yang ditunjukkan semalam, majoriti pemain muda negara kelihatan goyah terutama apabila berdepan situasi genting.
"Pasukan kini dibarisi pemain muda untuk program Sukan Asia 2010 dan masih banyak pendedahan perlu diberikan supaya mereka dapat dibentuk menjadi regu yang mantap," katanya
Sementara itu, aksi skuad wanita negara yang baru dibentuk 18 bulan lalu, terhenti di separuh akhir apabila tewas kepada China 2-0 dalam pertarungan separuh akhir malam tadi.
Regu pertama yang dibarisi Siti Nurzubaidah, Norasidah Abd Rasid dan Norhayati Ahmad tunduk kepada regu China dalam pertarungan straight set 21-8, 21-10 manakala regu kedua dianggotai Norfairuz Azizan, Siti Norhalim Hussein dan Lawi Sangat tewas 21-5, 21-12.
Posted by Mr Aan at 11:41 AM 0 comments
Labels: Sukan
Friday, August 29, 2008
Al-Quran, hadis perjelas khasiat kurma
Menikmati pelbagai juadah sewaktu berbuka puasa pasti tidak lengkap tanpa buah kurma walau sebiji untuk mendapatkan pahala sunat.
Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud: Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih.”
Alangkah baiknya jika kurma dijadikan makanan rutin dalam hidangan harian kerana manfaatnya yang tinggi berbanding pelbagai jenis makanan hari ini yang terlalu banyak bahan membahayakan kesihatan.
Seruan itu juga sebagai memberi peringatan memandangkan menjelang bulan Ramadan, banyak gerai jualan menawarkan juadah pelbagai rasa dan warna, bahkan yang tidak pernah terlihat pun ada termasuk resipi baru dicipta sempena bulan puasa.
Kedatangan Ramadan sudah mula terasa. Pasar raya mula mengeluarkan stok kurma yang banyak, ada segar, ada pula nampaknya bagai tersimpan sekian lama, maklumlah jika bukan kerana Ramadan kurma menjadi hidangan asing walau kepada penggemar buah-buahan.
Di Madinah, kurma segar atau kurma masak yang tidak dikeringkan dijual di Pasar Kurma, tidak jauh dari Masjid Nabawi, tetapi lebih segar jika boleh dapatkannya di ladang kurma. Warnanya merah dan ulasnya yang besar sangat menggiurkan sesiapa saja tetapi kurma segar tidak tahan lama.
Bagi simpanan dalam tempoh waktu panjang, ramai suka kurma kering kerana rasanya enak dan senang dibawa ke mana-mana.
Rasulullah SAW gemar makan buah kurma dengan hidangan yang lain. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak.”
Menyentuh buah kegemaran Rasulullah SAW ini, ia sesuai dikaitkan dengan bulan Ramadan, kerana manfaatnya yang besar bukan saja untuk berbuka tetapi juga bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Ibn Hibban dan Baihaqi yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma yang dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Hal ini berasaskan wahyu diturunkan Allah kepada ibu Nabi Isa iaitu Saidatuna Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.” (Surah Maryam, ayat 25)
Sabda Rasulullah SAW mengenai hal yang sama iaitu: “Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar.”
Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangan, menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Rasulullah SAW menyebutkan mengenai khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud: “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
Khasiat kurma Ajwah sebagaimana disebut dalam hadis adalah satu kelebihan dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama ditanam sendiri Rasulullah SAW. Oleh itu, sesiapa menunaikan haji atau umrah di Makkah pasti tidak lupa merasa Ajwah yang enak dan lazat.
Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud: “Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.”
Hadis itu menerangkan walaupun hanya bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar daripada api neraka. Justeru, ada baiknya kita mulakan Ramadan kali ini dengan niat untuk bersedekah lebih dari tahun sebelumnya.
Jika mampu dengan harta dan wang ringgit, paling tidak pun memberi makan buah kurma kepada orang miskin dan kurang berkemampuan ketika berbuka. Tetapi tidak salah juga sekadar mewakafkan tenaga dan masa dengan beramal jariah untuk umat yang masih tersisa di bumi ini.
Posted by Mr Aan at 8:38 PM 2 comments
Labels: agama
Tarikh melihat anak bulan Ramadan 31 Ogos
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.
Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor.
Lokasi lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah serta Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin di Setiu, Terengganu.
Kawasan lain adalah Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai, dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Baharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah bagi kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak.
Lokasi lain adalah Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. - Bernama
Posted by Mr Aan at 8:31 PM 0 comments
Labels: agama
Chong Wei rasmi bergelar Datuk
Jaguh badminton negara yang menang pingat perak di Sukan Olimpik Beijing, Lee Chong Wei, dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk, semalam.
Kurniaan daripada kerajaan Pulau Pinang itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, Georgetown.
Pemain badminton negara yang berada di kedudukan kedua ranking dunia pada masa ini adalah pemain badminton pertama yang masih aktif menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ibu bapa kepada pemain badminton itu, Lee Ah Chai, 55, serta Khor Kim Choi, 54.
Selepas majlis berkenaan, Chong Wei yang akan genap berusia 26 tahun pada 21 Oktober ini menyuarakan dia lebih selesa dipanggil namanya sahaja berbanding gelaran berkenaan.
Sambil berterima kasih kepada kerajaan negeri atas kurniaan itu, dia akui keberatan untuk menerimanya pada peringkat awal, tetapi bersetuju bagi menaikkan semangatnya.
“Malah, pengurniaan ini menguatkan azam saya untuk mempertahankan kejuaraan di kejohanan Terbuka Jepun pada 14 September ini. Kurniaan itu diharap memberi inspirasi kepada pemain badminton lain,” kata pemain itu yang bakatnya terserlah seawal usia 13 tahun di Sekolah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, apabila menang pingat emas acara beregu dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).
Posted by Mr Aan at 7:14 PM 0 comments
Labels: Sukan
Mew Choo menang anugerah atlit terbaik SAM-100PLUS
Kejayaannya pada Terbuka China jadi faktor pemilihan sebagai pemenang.
Kejutan dicipta pemain badminton wanita utama, Wong Mew Choo, ketika menjuarai Terbuka China, tahun lalu, menyaksikan dia dijulang selaku pemenang Anugerah Kecemerlangan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2007, malam tadi.
Pemilihan Mew Choo, 25, dilakukan kerana dianggap sebagai wakil generasi baru badminton selepas negara sekian lama ketandusan pemain wanita berwibawa di pentas antarabangsa.
"Saya amat terkejut dengan pemilihan memenangi anugerah kali ini. Ini menjadi satu inspirasi kepada saya untuk terus berjaya mengharumkan nama negara," kata jaguh perseorangan itu yang layak ke suku akhir Sukan Olimpik di Beijing, baru-baru ini.
Selain memenangi Terbuka China, Mew Choo turut menyerlah selaku pemain wanita negara pertama layak ke final Terbuka Malaysia serta mara ke separuh akhir Kejohanan Asia, suku akhir Kejohanan Dunia dan Seluruh England, tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Khalid Saad berkata kejayaan pemain berkenaan jelas membuktikan bahawa dia adalah wakil generasi baru selepas satu penantian sekian lama.
"Ia jadi faktor pemilihannya sebagai pemenang anugerah in," kata Khalid.
"Antara faktor lain turut diambil kira ialah personaliti, kesan kejayaan, disiplin serta aksi konsisten persembahan. Jawatankuasa berpuas hati Mew Choo mempamerkan semuanya sepanjang tahun lalu."
Empat calon lain yang diatasi Mew Choo dalam perebutan anugerah itu ialah gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, ratu skuasy, Datuk Nicol David, atlit lompat bergalah, Roslinda Samsu dan pelompat tinggi, Lee Hup Wei.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub, menyampaikan anugerah kepada Mew Choo dalam majlis gilang gemilang di Bukit Jalil, malam tadi.
Posted by Mr Aan at 7:00 PM 0 comments
Labels: Sukan
Thursday, August 28, 2008
Misbun terharu dikurnia Datuk
Mahu jadikan anugerah sebagai motivasi laksana tanggungjawab lebih gigih
Terharu dan tidak menyangka sama sekali. Itulah ungkapan pertama yang disampaikan oleh jurulatih badminton negara, Misbun Sidek apabila ditanya perasaannya sebaik saja selesai menerima bintang kebesaran kerajaan Melaka - Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk di Ayer Keroh, Melaka, petang semalam.
Namun, dalam nada yang sama, beliau memasang tekad untuk menjadikan anugerah yang diberi oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob itu sebagai motivasi kepada diri melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan lebih gigih dan tekun.
"Apa yang saya buat selama ini adalah ikhlas. Sebab itu saya rasa terharu sekali dan tidak menyangka akan mendapat penganugerahan tinggi seperti ini. Sudah tentu selepas ini, saya akan lebih giat lagi sejauh mana yang mampu.
"Dan sememangnya saya sedar, penghargaan ini satu tanggungjawab yang berat kepada saya selaku jurulatih, namun saya akan terus berusaha untuk memberi banyak tumpuan melahirkan bakat baru negara pada masa depan," katanya yang turut ditemani isterinya, Datin Latifah Sidek pada majlis itu.
Penganugerahan bintang kebesaran kerajaan Melaka ini diadakan khas di Dewan Banquet, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan semua exco kerajaan negeri.
Anugerah ini diberi kepada Misbun, 48, atas sumbangan melatih pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei memenangi pingat perak pada temasya Olimpik di Beijing yang berakhir Ahad lalu, disamping pembangunan sukan badminton di Malaysia sepanjang pembabitannya sejak 30 tahun lalu.
Dalam pada itu, Mohd Ali berharap penganugerahan DMSM itu, akan menyuntik lagi semangat Misbun bagi melatih lebih ramai bakat muda negara ini dalam sukan badminton sehingga mencapai tahap dunia dan Olimpik seperti dicapai Chong Wei.
Ismail pula berharap penganugerahan itu akan memberi perangsang kepada atlit dan jurulatih sukan di negara ini untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kerana jasa dan sumbangan mereka, sudah pasti tidak akan dilupakan kerajaan seperti diperoleh oleh Misbun.
Posted by Mr Aan at 1:33 PM 0 comments
Labels: Sukan
Wednesday, August 27, 2008
Skuad bowling lelaki negara perlu elemen keajaiban
Laluan ke separuh akhir kini tambah perit Daniel melakukan 196-210-165 diikuti Zulmazran, 209-211-154, Mohd Nur Aiman, 155-211-150, Aaron, 205-197-224 dan Alex, 200-178-200. "Kami mengharapkan mereka akan melakukan lebih baik di atas 'short oil' esok (hari ini)," katanya.
Malaysia kini memerlukan elemen keajaiban andai berhajat mahu mara ke pusingan separuh akhir acara berpasukan Kejohanan Bowling Lelaki Dunia di SF Strike Bowl, Bangkok apabila Daniel Lim, Zulmazran Zulkifli, Muhd Nur Aiman, Aaron Kong dan Alex Liew mengumpulkan 2,865 jatuhan pin untuk berada di kedudukan ke-19 selepas tamat blok pertama. semalam.
Tanpa Adrian Ang yang digugurkan berikutan persembahan longlai dalam dua acara sebelum ini yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan kesembilan permainan kedua satu ketika, tersungkur 10 anak tangga pada penamat permainan ketiga, semalam di atas long oil.
Melihatkan persembahan ini, sepatutnya semua mereka patut mengikut jejak langkah Adrian apabila gagal mengekalkan tahap konsisten catatan 200 ke atas dalam tiga permainan mereka.
Jurulatih, Holloway Cheah pasti menggaru kepala memikirkan penawar mujarab bagi anak didiknya itu yang kelihatan hanyut dibawa arus cabaran pemain profesional yang buat pertama kali dibenarkan beraksi pada kejohanan rasmi.
"Ia adalah permulaan buruk buat kami. Kami memerlukan sekurang-kurangnya purata jatuhan pin 200 untuk mara ke separuh akhir.
Posted by Mr Aan at 12:30 PM 0 comments
Labels: Sukan
Misbun terima gelaran Datuk hari ini
Majlis penganugerahan bintang kebesaran kerajaan Melaka kepada jurulatih badminton negara, Misbun Sidek akan diadakan di Dewan Banquet, Pejabat Yang di-Pertua Negeri di Ayer Keroh, Melaka, hari ini, sehari lebih awal daripada dijadualkan.
Bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada jurulatih yang membimbing pemain badminton nombor dua dunia, Lee Chong Wei itu akan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, pada majlis khas, tepat jam 3 petang.
Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan yang diemel kepada pejabat Berita Harian di Melaka, semalam berkata majlis itu dijadualkan, esok tapi dipercepatkan sehari lebih awal. Sebab perubahan itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
Keputusan itu diambil selepas Mohd Ali mengadakan perbincangan dengan Mohd Khalil sejurus menerima cadangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan penganugerahan gelaran Datuk kepada Lee atas pencapaiannya di Beijing itu.
Selain Lee, Misbun sebelum ini juga pernah membimbing adiknya, Rashid Sidek meraih gangsa di temasya Olimpik Atlanta pada 1996, selain membantu Muhammad Hafiz Hashim merangkul gelaran Seluruh England pada 2003 dan Roslin Hashim bergelar pemain nombor satu dunia pada 2001.
Posted by Mr Aan at 11:45 AM 4 comments
Labels: Sukan
Tuesday, August 26, 2008
Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan arab :asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Posted by Mr Aan at 11:26 PM 0 comments
Labels: agama
Sepang
Posted by Mr Aan at 7:47 AM 8 comments
Labels: Gambar
Monday, August 25, 2008
Sukan Olimpik: Aksi lebih baik dari Athens
Penyertaan paling ramai secara individu, tak banyak tinggalkan kesan.
Badminton sekali lagi menjadi penyelamat kontinjen negara di Sukan Olimpik Beijing apabila kembali menyumbang pingat selepas kali terakhir berbuat demikian 12 tahun lalu.
Pingat perak sumbangan Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki pada 17 Ogos lalu sememangnya dinanti-nantikan apa lagi bagi menyelamatkan maruah kontinjen negara yang terdiri daripada 33 atlit itu.
Itulah juga satu-satunya detik yang mampu dibanggakan ketika penyertaan kali ini yang dianggap paling ramai secara individu, tidak banyak meninggalkan kesan.
Kecuali rekod kebangsaan oleh Daniel Bego (renang 200 meter gaya bebas lelaki), Siow Yi Ting (200m kuak dada wanita), trio memanah (70m recurve berpasukan), Wan Khalmizam Wan Abd Aziz (70m recurve individu), trio berbasikal (pecut berpasukan) dan Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat 56kg), tiada apa yang boleh dibangga sangat daripada wira dan srikandi kita di Beijing bagi edisi ke-29 kali ini.
Secara kasar, memang diakui persembahan atlit kali ini lebih baik berbanding semasa di Athens, empat tahun lalu.
Enam atlit negara berjaya mara ke suku akhir (tidak termasuk Chong Wei) iaitu trio memanah, Cheng Chu Sian (memanah individu), Wong Mew Choo, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton), Che Chew Chan (taekwondo) dan Azizulhasni Awang (pecut individu) berbanding satu final (Josiah Ng), satu separuh akhir (Lim Kheng Liat dan satu suku akhir (Choong Tan Fook-Lee Wan Wah) di Athens.
Namun atlit lain rata-rata sekadar menjadi penumpang atau pelancong termasuk adanya atlit yang ‘menghilangkan’ diri menemui teman bukan datang ke stadium memberi sokongan ketika pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi di suku akhir.
Pembabitan kontinjen negara juga seakan lesu sebaik acara badminton tamat, apabila secara tiba-tiba semua tumpuan berpindah kembali ke Malaysia, mengikut skuad badminton negara yang pulang sehari selepas perlawanan akhir itu.
Biarpun ketika ini perak Chong Wei pasti menjadi ‘pendinding’, hakikat yang perlu diakui dia masih yang kedua terbaik di Beijing.
Masih ada kepincangan kontinjen negara yang jelas terdedah biarpun selepas berbelanja hampir RM10 juta sebagai persiapan mereka.
Faktor paling ketara adalah kualiti atlit sendiri yang harus menjadi ukuran, bukannya kuantiti. Tidak ada gunanya bersusah payah layak ke temasya sukan paling besar di dunia tetapi apabila tiba saatnya, semuanya ‘kecut perut’.
Kuantiti atlit tidak membantu meletakkan negara dalam senarai kutipan pingat kecuali adanya mereka yang berkualiti untuk menyumbang sesuatu.
Pentas Olimpik harus dijadikan medan untuk atlit negara menguji kemampuan sebenar mereka bersama atlit negara lain kerana peluang sebegitu cukup jarang diperolehi.
Memang menyakitkan pandangan mata melihat atlit negara cuma mampu beraksi di peringkat kelayakan atau saringan sahaja dan selepas itu sudah tersingkir daripada cabaran.
Apakah pengalaman yang mampu ditimba dengan aksi sebegitu?
Pengalaman di Beijing wajar membuka mata Majlis Sukan Negara (MSN) betapa badminton sekali lagi wajar menerima sokongan padu khususnya dalam menyediakan pendedahan kepada barisan pelapis bagi mendukung cabaran pada Sukan Olimpik London pada 2012.
Dua lagi sukan harus diberi keutamaan adalah memanah. Trio negara - Wan Khalmizan Wan Abd Aziz, Cheng Chu Sian dan Muhammad Marbawi Sulaiman jelas kekurangan pengalaman biarpun pada satu ketika dilihat mampu mencipta kejutan tetapi kegugupan pada detik penting, memusnahkan semuanya.
Pelumba basikal muda, Azizulhasni Awang, 20, juga menunjukkan potensi selaku yang terbaik apabila menjadi satu-satunya peserta Asia dalam suku akhir acara pecut individu.
Malah, anak muda dari Dungun, Terengganu itu tidak menunjukkan rasa gerun biarpun terpaksa berdepan juara dunia acara pecut dan keirin, Chris Hoy dari Britain di suku akhir.
Perancangan jitu harus sudah ada untuk 2012 jika tidak mahu kempunan pingat. Apa yang dimahukan adalah kejayaan konsisten, bukan leka dengan kejayaan setakat pingat perak sahaja.
Posted by Mr Aan at 12:31 PM 0 comments
Labels: Sukan
Sunday, August 24, 2008
Kenangan bersama 'hebit'
Posted by Mr Aan at 11:54 AM 7 comments
Labels: Gambar
Saturday, August 23, 2008
Bryan Nickson 'lemas' di kolam
Gagal teruskan cabaran ke separuh akhir selepas hanya kumpul 384.35 mata
Empat tahun lalu, Bryan Nickson Lomas menjadi tumpuan sebagai atlit paling muda di Sukan Olimpik Athens, selain hanya satu tangga memisahkannya daripada saingan ke separuh akhir.
Semalam, pada pentas Olimpik keduanya, Bryan 'tenggelam' apabila tampil dengan aksi hambar di Pusat Akuatik Nasional yang sebelum ini turut menyaksikan perenang negara 'lemas' di gelanggang yang menyaksikan 25 rekod dunia dicipta.
Harapan melihatnya menjadi penerjun pertama negara layak ke separuh akhir Sukan Olimpik, selepas kegagalan tiga rakan senegara, Leong Mun Yee, Elizabeth Jimie dan Pandalela Rinong, jelas tidak kesampaian apabila Bryan sekadar menamatkan aksinya di tangga ke-26 daripada 30 peserta.
Kebangkitan pada dua terjunan terakhir apabila mencatat 77.40 dan 78.80 mata iaitu catatan tertingginya daripada enam terjunan, tidak dapat membantu meletakkannya dalam kelompok 18 terakhir untuk ke separuh akhir.
Jumlah mata keseluruhan 384.35 yang dikutipnya adalah 33.65 mata di belakang Juan Guillermo Uran dari Colombia yang menduduki tangga ke-18, posisi terakhir untuk ke separuh akhir.
Semua itu kerana kesilapan yang dilakukannya pada terjunan kedua dan ketiganya yang menyaksikan dia kerugian mata.
Bryan, 18, memulakan cabarannya dengan gaya forward 3 1/2 somersault dengan darjah kesukaran 3, untuk mengutip 72 mata yang sekadar meletakkannya di tangga ke-19, berkongsi dengan empat penerjun lain.
Namun pergerakan yang kurang kemas pada terjunan kedua gaya reverse 2 1/2 somersault, menyaksikan kedudukan Bryan turun sedikit apabila sekadar mencatat 68.85 mata.
Kutipan 140.85 mata selepas dua terjunan itu hanya membolehkan penerjun berasal dari Kuching, Sarawak itu mengisi tempat ke-21.
Segala-galanya nampak kian jauh daripada jangkauan Bryan apabila terjunannya semakin terjejas. Gaya inward 3 1/2 somersault yang dilakukannya kurang menjadi sehingga hanya diberikan 44.80 mata dan terus menyaksikan kedudukannya merosot sehingga ke tempat ke-27.
Cabarannya kian longlai apabila hanya mengutip 49.50 mata pada terjunan seterusnya dengan gaya back 3 1/2 somersaul, tanpa mampu melonjakkan kedudukannya ketika hanya berbaki dua terjunan lagi.
Kebangkitan pada dua terjunan terakhirnya jelas tidak cukup dan sudah terlambat buat Bryan.
Posted by Mr Aan at 12:40 PM 0 comments
Labels: Sukan
Friday, August 22, 2008
Friend or Foe
Mungkin macam iklan Cips more
Kejap ade kejap takde
Mungkin macam iklan Ali Cafe
Sahabat sejati sentiasa di hati atau macam iklan Loreal
kerana diri mu begitu berharga
Tapi ada yang cakap kawan ni bahaya macam iklan astro
Macam-macam ada
Walau apa pun orang nak cakap saya tak kisah
bagi saya kawan tu macam iklan Fair & Lovel
Tiap-tiap hari sayang
Posted by Mr Aan at 5:56 PM 4 comments
Labels: uhmmm
Malapetaka buat skuad 4x100m AS
Segala-galanya terarah kepada kesilapan berharga kedua-dua pasukan itu menjatuhkan baton dalam perlumbaan di trek basah.
Terdahulu, pelari terakhir, Tyson Gay - sebahagian anggota yang memenangi lari berganti-ganti itu di kejohanan dunia, tahun lalu - tidak dapat menyambut baton daripada pelari ketiga, Darvis Patton buat mengecewakan pasukan yang dianggap antara pilihan itu.
Posted by Mr Aan at 3:20 PM 0 comments
Labels: Sukan
Thursday, August 21, 2008
Game yang selalu saya main dihari minggu
Posted by Mr Aan at 3:20 PM 5 comments
Labels: Gambar
Salam Dari Beijing: Chong Wei harus jadi permulaan kejayaan besar
Awal pagi semalam, penulis dikejutkan oleh panggilan telefon dari rakan di Jakarta yang mahu tahu perkembangan mengenai pemain badminton negara, Lee Chong Wei.
Rupa-rupanya sahabat ini mengetahui Chong Wei bukan sahaja akan mendapat ganjaran RM300,000 serta pencen RM3,000 sebulan, malah akan diberikan gelaran Datuk dari Pulau Pinang.
"Bertuah Chong Wei kerana begitu dihargai pemerintah biarpun cuma pulang dengan pingat perak Olimpik.
"Saya pasti segalanya akan lebih hebat jika pingat emas yang dibawa pulang," kata teman itu yang penulis tahu sering sinis orangnya.
Penulis hanya tergelak dan sekadar mengiyakan sahaja sambil berkata, "Itulah kesannya selepas kempunan pingat selama 12 tahun. Kami sudah terlalu menunggu saat ini, bukan seperti Indonesia."
Maklumlah bagi Malaysia untuk mendapat kejayaan dalam bidang sukan sememangnya cukup sukar dan tidak hairanlah apabila dengan sedikit kejayaan yang ada, ramailah yang mahu berlaga bahu.
Alangkah baiknya jika sokongan yang ada ketika ini hadir ketika pemain itu memerlukan sokongan moral khususnya pada 2006 dan 2007 apabila Chong Wei menerima kecaman hebat akibat kegagalannya di Kejohanan Dunia.
Harapnya sokongan kerajaan negeri begitu dapat juga disalurkan kepada persatuan badminton negeri masing-masing, agar lebih banyak 'Lee Chong Wei' dapat dilahirkan.
Tapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang mahu bersusah payah, tumpang kejayaan orang menjadi pilihan.
Cuma penulis harap Chong Wei, pemain kelahiran Parit Buntar, Perak sebelum berpindah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dan orang di sekelilingnya dapat menyedari, tugas mereka belum selesai.
Chong Wei hari ini boleh dilupakan begitu sahaja esok. Pengalaman skuad 1992 yang menjuarai Piala Thomas perlu dijadikan iktibar. Mereka dirai bagai dunia ini milik mereka selama-lamanya tapi apabila gagal selepas itu, orang yang sebelum ini sering mengepit mereka, tiba-tiba lenyap dari sisi.
Sambutan besar-besaran juga tidak membawa sebarang kebaikan. Tidak perlu kita memandang terlalu jauh, lihatlah apa jadi selepas Hafiz Hashim dan gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas masing-masing menjuarai Seluruh England pada 2003 dan 2006.
Penulis tidak menyalahkan Chong Wei jika dia mahu menikmati saat-saat begitu kerana karier seseorang pemain adalah singkat dan tiada salah untuknya berbuat demikian.
Malah, siapa tahu selepas mendapat gelaran itu dan jika ada jodohnya dengan Wong Mew Choo, Malaysia bolehlah berbangga dengan pemain yang hadir di gelanggang dengan status Datuk dan Datin.
Cuma janganlah kejayaan sekadar naib juara Olimpik sudah cukup buat semua kerana ia sekadar merendahkan tanda aras buat sukan negara. Ada empat lagi atlit negara daripada 33 yang layak, akan bersaing sebelum Olimpik berakhir dan Togo yang hadir dengan empat atlit sahaja, pulang dengan satu gangsa.
Empat tahun sebelum Sukan Olimpik 2012 bermula bukan tempoh yang singkat dan wajar perancangan padu dilakukan jika tidak mahu kempunan untuk 12 tahun lagi.
Kita tidak mahu kejayaan bermusim yang hadir tidak tentu masa tetapi biarlah sesuatu yang konsisten.
Kejayaan pingat perak Chong Wei harus menjadi titik mula kepada kejayaan lebih besar, bukan untuk melekakan kita selepas terlepas bebanan. Itulah yang peminat badminton negara mahu lihat, bukan siapa boleh berikan ganjaran yang lebih hebat.
Posted by Mr Aan at 2:59 PM 0 comments
Labels: Sukan
Wednesday, August 20, 2008
Najib sampaikan lebih suku juta kepada Chong Wei di Pulau Pinang.
Wajah jagoan badminton negara, Lee Chong Wei jelas terpancar, semalam memikirkan sinaran baru dalam hidupnya apabila ganjaran besar - seperti dijanjikan bakal diterima dalam satu majlis yang akan diadakan di Pulau Pinang, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan secara rasmi ganjaran RM300,000 itu menghambur kata-kata pujian ke atas kehebatan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu yang berjaya menamatkan kemarau pingat untuk negara dalam temasya berkenaan sejak 1996.
Tambah menceriakan, Chong Wei juga akan memperoleh pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya berkuat kuasa pada September ini.
“Chong Wei bermain dengan baik tetapi Lin Dan lebih agresif. Apapun, dia sudah menunjukkan kesungguhan terutama pada separuh akhir (menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il),” katanya ketika bertemu pemain perseorangan itu di pejabatnya di Parlimen, semalam.
Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan secara berseloroh berkata, dengan wang tunai itu, Chong Wei sudah boleh mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga bintang badminton wanita negara, Wong Mew Choo.
Selain Chong Wei, Najib turut bertemu dengan semua pemain badminton negara ke Sukan Olimpik Beijing serta jurulatih, Misbun Sidek dan Rexy Mainaky serta ketua jurulatih kebangsaan Yap Kim Hock.
Terdahulu rombongan skuad badminton itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di Parlimen.
Posted by Mr Aan at 10:50 AM 2 comments
Labels: Sukan
Saturday, August 16, 2008
Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengisytiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan ‘Stadium Merdeka’. Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda.
Dato’ Razak menalipon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak. Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The Queen’ berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk da mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”. Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki
‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Posted by Mr Aan at 12:21 AM 2 comments
Labels: Kemerdekaan
Friday, August 15, 2008
Sikap gugup belenggu skuad Johor FC
Sikap gugup benteng pertahanan Johor FC jelas menjadi antara punca utama yang menjurus kepada kekalahan dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila kecundang kepada bekas juara itu 0-2 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Meskipun pertama kali layak ke pentas separuh akhir, benteng pertahanan Johor FC tidak seharus memberi ruang kepada skuad Merah Kuning itu bermaharajalela dengan mencipta dua gol pada babak pertama dan kedua untuk menjadi bekalan selesa apabila bertandang ke Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam esok.
Yang pasti situasi itu nyata memberi tekanan buat jurulatih, Ramlan Rashid mengubah strategi bagi meningkatkan kualiti permainan selepas hasrat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang keputusan seri tidak kesampaian.
Sambil menegaskan ketua pasukan, Wan Rohaimi Ismail dan Mouise Moudourou yang mengemudi benteng tampak hilang tumpuan, bekas pertahanan Johor itu ingin memastikan perkara itu tidak berulang apabila aksi kedua pentas separuh akhir bersambung di laman sendiri.
“Lupakan 90 minit lalu yang bagi saya amat perit untuk ditelan dan perlu beri tumpuan kepada baki 90 minit lagi di tempat sendiri dan saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pemain kerana tidak mahu memberi mereka tekanan.
“Buat masa ini saya akan mengkaji rakaman video perlawanan itu dan mencari kelemahan yang perlu diperbaiki namun apa yang pemain sajikan tidak seteruk yang dijangkakan sebaliknya pengalaman yang memisahkan Johor FC.
“Apa yang pasukan lawan sajikan dalam perlawanan itu nyata berbeza ketika saingan Liga Super, mereka tampak lebih tersusun malah peluang barisan serangan menyusup ke kawasan Selangor pantas dimatikan oleh pertahanan pasukan itu,” katanya.
Walaupun menggunakan formasi 4-4-2, Johor FC yang bergantung sandaran kepada dua pemain import dari Argentina Walter Silva Ariel dan Gustavo Fuentes seolah-olah kaku tatkala memiliki peluang.
Posted by Mr Aan at 11:57 PM 0 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: Cabaran Bego, Cai Lin berakhir
Perenang negara, Daniel Bego gagal memperbaiki rekod kebangsaan miliknya apabila menamatkan saringan acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki Sukan Olimpik di tempat kedua, semalam.
Kali pertama memakai Speedo LZR Racer yang digunakan ramai perenang ternama pada Sukan Olimpik Beijing, perenang Malaysia berusia 18 tahun itu mencatat 54.38 saat - pencapaian yang tidak cukup untuk mara ke pusingan seterusnya. Rekod kebangsaan adalah 54.33s.
Sementara itu, Khoo Cai Lin yang beraksi dalam acara 800m gaya bebas wanita menyudahkan cabaran pada kedudukan terakhir dengan catatan 9:04.86s - jauh daripada rekod kebangsaannya 8:47.80s.
Posted by Mr Aan at 9:25 AM 2 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: 10 atlit kita beraksi hari ini
Hari ini menyaksikan atlit Malaysia paling ramai beraksi pada hari yang sama di Sukan Olimpik Beijing apabila 10 orang akan turun ke gelanggang dalam tujuh acara.
Namun, tumpuan utama peminat sukan negara pastinya terarah ke Universiti Teknologi Beijing di mana pemain perseorangan utama badminton negara, Lee Chong Wei akan akan beraksi di peringkat separuh akhir pada sebelah petang.
Ia akan dimulakan dengan atlit memanah, Cheng Chu Sian yang beraksi di pusingan ketiga acara individu yang membuka cabarannya kira-kira jam 11 pagi sebelum penembak 25 meter rapid fire pistol, Hasli Izwan Amir Hassan turun ke Lapang Sasar Beijing pada sebelah tengah hari untuk sesi kelayakan.
Sementara itu, Dr Kevin Lim akan menyambung cabaran acara perahu layar pusingan 4, 5 dan 6 dengan aksinya banyak bergantung kepada keadaan angin.
Ini diikuti dua atlit terjun, Leong Mun Yee dan Elizabeth Jimie yang akan membuka cabaran masing-masing dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Nasional, hari ini.
Mun Yee, 24, yang membuat penampilan ketiganya dan muka baru, Elizabeth, 16, akan bersaing dengan 28 atlit lain untuk mencari tempat ke separuh akhir di mana mereka perlu menempatkan diri dalam kelompok 18 peserta terbaik.
"Peluang mereka untuk mara ke separuh akhir tetap ada dan saya harap kedua-duanya mampu memberikan aksi terbaik," kata pengurus pasukan, Edwin Chong.
Trio berbasikal negara terdiri daripada Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin akan bertarung dalam pusingan kelayakan acara pecut berpasukan, kira-kira jam 4.30 petang.
Perenang berusia 17 tahun, Leung Chii Lin yang berasal dari Sabah akan beraksi dalam acara 50m gaya bebas wanita di Pusat Akuatik Nasional, sebelum Chong Wei turun ke gelanggang dalam dua perlawanan terakhirnya yang bakal menentukan warna pingat mampu diraih di Beijing.
Posted by Mr Aan at 8:58 AM 0 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: Hasli tidak rela jadikan cabaran sukar satu alasan
Penembak negara, Hasli Izwan Amir Hassan akan membuka kempen Sukan Olimpiknya di Lapang Sasar Beijing. tengah hari ini dengan sasaran realistik untuk mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 25m rapid fire pistol.
Dengan kehadiran ramai penembak handalan dunia, Hasli mengakui cabaran sukar yang perlu dihadapi tetapi tidak mahu menjadikan ia alasan dalam memenuhi misi peribadinya itu.
‘Saya perlu realistik dalam meletakkan sasaran. Selain menimba pengalaman bertanding dengan penembak handalan dunia, saya mahu penampilan sulung di Olimpik dapat dilakukan dengan rekod baru kebangsaan,” kata penembak berusia 31 tahun dari Perak itu yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 581 mata.
Lapangan sasar itu bukan terlalu asing buat Hasli yang pada April lalu beraksi di lokasi sama pada kejohanan jemputan sempena penyerahan gelanggang itu kepada penganjur.
Malah, sejak tiba di Beijing Isnin lalu, Hasli sudah menjalani tiga sesi latihan di lapangan sasar.
Posted by Mr Aan at 8:55 AM 0 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: Azizulhasni membara
Sasar lapan pasukan teratas acara pecut berpasukan lelaki.
Jaguh muda Asia, Azizulhasni Awang menyuarakan tekad besar mahu mencipta rekod baru dalam usaha membantu skuad Malaysia menempatkan diri dalam senarai lapan pasukan teratas - sekali gus layak bersaing pada peringkat seterusnya.
Jelas semangat itu membara apabila kecanggihan trek di Laoshan Velodrome menimbulkan rasa tidak sabar dalam kalangan pelumba negara untuk beraksi buat julung kali dalam acara pecut berpasukan lelaki, hari ini selepas mencatat masa yang memberangsangkan semasa latihan.
Azizulhasni berazam mencipta rekod baru dalam usaha Malaysia menempatkan diri dalam senarai lapan pasukan teratas yang layak ke peringkat seterusnya selepas bersaing pada peringkat awal.
"Velodrom ini memang dalam kelas teratas. Keadaannya yang membolehkan pelumba menunggang dengan laju dan laluan lurusnya yang panjang, memang bagus. Insya Allah, kami akan dapat mencipta rekod di sini," kata juara pecut dan Keirin Asia berusia 20 tahun itu.
Pelumba ini berkata pasukannya mencatat masa memberangsangkan semasa latihan di Beijing tanpa menyatakan kelajuan yang mereka capai semasa berkayuh di trek sepanjang 250 meter itu, yang mempunyai kecondongan maksimum 47 darjah.
"Masa dicatat itu dikira okay dan harap kami dapat mengulangi apabila berlumba nanti. Saya tak boleh beritahu masa dicatat tapi saya yakin dan tidak sabar menunggu acara ini bermula," kata Azizul yang juga akan beraksi dalam acara pecut 200m dan Keirin.
Acara itu akan menyaksikan lapan pasukan terbaik bersaing bagi pusingan pertama, dengan empat bakal mara ke pusingan akhir. Dua pasukan yang mencatat masa paling pantas dalam pusingan pertama akan beradu kehebatan bagi merebut pingat emas serta tempat ketiga dan keempat, yang akan menerima pingat gangsa.
Josiah Ng, yang kagum dengan trek ini, berkata velodrom berkenaan adalah yang terbaik pernah digunakannya.
"Treknya begitu rata dan memudahkan untuk membuat pecutan. Keadaannya cukup sempurna dan saya mencatat masa terbaik di sini beberapa hari lepas.
Acara pecut berpasukan akan menjadi pembakar semangat bagi Azizul dan Ng sebelum menyertai acara Keirin pada Sabtu ini.
Posted by Mr Aan at 8:50 AM 0 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: Strategi 'kecil' Elaine
Segalas kekurangan fizikal mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Elaine Teoh agar menjadi strategi berkesan menundukkan lawan yang lebih sasa dan tinggi dalam acara taekwondo Olimpik yang bakal berlangsung minggu depan.
Dia yang baru berjaya menaikkan berat badannya sebanyak 10 kilogram, menegaskan betapa aspek fizikal tidak boleh dijadikan alasan untuk berjaya menandingi lawan yang lebih besar.
"Latihan fasa terakhir ketika ini lebih tertumpu kepada aspek ketahanan mental selain mengatur strategi berkesan menggunakan kelebihan bersaiz agak kecil bagi menandingi lawan yang lebih besar," katanya.
Hakikat yang sama dilaungkan jurulatih, K Dhanaraj yang menegaskan betapa beliau kini memberikan tumpuan kepada aspek teknikal dan kepantasan bergerak yang dilihat mampu menjadi senjata ampuh untuk menandingi lawan.
"Elaine yang sudah dua kali ke Olimpik dilihat mampu memberi cabaran yang bermakna.
"Jadi tumpuan ketika ini adalah bagi meningkatkan kepantasannya bergerak di gelanggang dan memastikan dia mampu menggunakan segala aspek teknikal yang boleh memudahkannya mendapat mata kelak," katanya.
Posted by Mr Aan at 8:48 AM 0 comments
Labels: Sukan
Harapan Najib kepada Chong Wei
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap bintang badminton negara, Lee Chong Wei mampu mengharumkan nama negara untuk mencatat sejarah dalam Sukan Olimpik dengan merangkul pingat emas untuk negara.
Najib juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata, jika Chong Wei memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara dalam sukan Olimpik, dia akan memperoleh ganjaran istimewa daripada kerajaan.
"Saya mengharapkan Chong Wei akan meraih emas dan mencatat sejarah," katanya selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2008 di Serdang, semalam.
Pada 24 Jun lalu, Najib mengumumkan RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing selain bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.
Kerajaan juga menawarkan ganjaran wang tunai RM300,000 untuk pingat perak serta pencen RM3,000 manakala gangsa mendapat RM100,000 dan pencen RM2,000.
Sepanjang pembabitan kontinjen negara di Sukan Olimpik, Malaysia hanya berjaya memungut pingat dalam badminton iaitu satu perak menerusi gandingan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (Atlanta 1996) dan dua gangsa, masing-masing menerusi pasangan Razif-Jalani Sidek (Barcelona 1992) dan Rashid Sidek (Atlanta 1996).
Chong Wei menceriakan peminat sukan tanah air apabila mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki selepas menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11, semalam.
Posted by Mr Aan at 8:23 AM 0 comments
Labels: Sukan
Olimpik Beijing: Emas, perak, rekod dunia untuk China
Liu Zige memadam rekod dunia untuk mendahului rakan sepasukan Jiao Liuyang pada penamat satu-dua acara renang 200 meter kuak kupu-kupu wanita, semalam untuk membutirkan China pingat emas pertama acara renang di temasya Beijing.
Liu merakam dua minit 04.18 saat untuk memadam rekod dunia milik perenang Australia, Jessicah Schipper dengan 1.22s.
Jiao meraih perak dengan 2:04.72, juga di bawah rekod dunia dengan gangsa menjadi milik Schipper, 2:06.26s.
Saya tidak merasa tekanan sebelum kejohanan, saya hanya cuba untuk tenang," kata Liu, 19.
"Dalam perlumbaan saya hanya berenang pada kepantasan sendiri, tidak memikirkan mengenai orang lain.
"Jurulatih saya memberitahu kami ada dua perenang China di final, jadi saya tidak perlu memberi tekanan pada diri sendiri untuk memenangi emas, tetapi saya perlu melakukan yang terbaik," katanya.
Schipper berenang di bawah rekod dunia pada 100m pertama tetapi Liu memiliki kelebihan tipis pada pusingan terakhir.
Liu dan perenang berusia 17 tahun Jiao yang berkedudukan ketiga pada pusingan terakhir, memperkuatkan kuak masing-masing sambil menerima sorakan gempita di Water Cube ketika Schipper tenggelam untuk kedudukan ketiga dengan masa 2:06.26.
Liu sebelum itu sudah memberi bayangan dia bakal memberikan cabaran untuk emas dengan merakam catatan terpantas kelayakan. AFP
Posted by Mr Aan at 8:19 AM 0 comments
Labels: Sukan
Thursday, August 14, 2008
Ayat Seribu Dinar
Maksudnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Posted by Mr Aan at 11:03 PM 2 comments
Labels: agama
Award dari Along
Terima kasih kerana mamberi saya award,walaupun baru start berblog ni........semoga friendship kita akan berkekalan....:)
Posted by Mr Aan at 10:13 AM 4 comments
Labels: Award
Wednesday, August 13, 2008
Konsep ilmu dalam Islam.
Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua individu muslim.Ini berdasarkan hadis Rasullah s.a.w:
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"
Berdasarkan hadis di atas,kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum lelaki muslim sahaja,tetapi juga kepada perempuan muslim.Malah tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad.Kewajipan ini adalah bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.
Takrif kedudukan kepentingan ilmu.
Ilmu berasal daripada perkataan arab iatu alam,ya'lam,ilmu bererti mengetahui dan pengetahuan.Dari segi istilah idri'kalma'lum iatu mengetahui sesuatu yang boleh diketahui.Takrif yang lebih kemas ialah mengetahui sesuatu secara tepat atau tentang sesuatu perkara.
Peranan ilmu dalam merealisasikan tugas khalifah.
Meninggikan kedudukan seseorang didunia dan akhirat.
Membezakan perkara yang hak dengan yang batil.
Memastikan ibadah yang dilakukan betul menepati kehendak syarak.
Menjadikan seseorang itu lebih takutkan Allah.s.w.t.
Allah.s.w.t inginkan kebaikan bagi ahli ilmu agama.
Ilmu menjaga manusia.
Ilmu boleh dibahagikan mengikut sudut-sudut yang tertentu:
Dari segi aspek kewajipan hukum ke atas setiap muskim,ilmu dibahagikan kepada dua:
Ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah.
Ilmu Fardhu Ain.
Ilmu yang diwajipkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya.Ia merangkumi ilmu akidah seperti perkara yang berkaitan dengan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah.s.w.t.Ilmu fardhu ain juga perkar yang berkaitan ke arah kesempurnaan solat,puasa dan sebagainya.
Imu Fardhu Kifayah.
Ilmu-ilmu yang diperlajari oleh masyarakat secara bersama dan bukannya sebagai kewajipan ke atas individu.Sekirabya tidak seorang pun daripada anggota masyarakat yang berkeahlian di dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain yang mempunyai kemahiran tersebut dengan sendirinya ia akan menjadi Fardhu Ain ke atas setiap ummah.
Ilmu Fardhu Kifayah yang diwajibkan itu ialah ilmu yang diperlukan untuk kepentingan kehidupan masyarakat Islam tersebut seperti ilmu perubata,ilmu sains,teknologi dan lain-lain.
Posted by Mr Aan at 8:36 PM 0 comments
Labels: agama
Monday, August 11, 2008
Atlit Rusia,Georgia buktikan persahabatan
Russia dan Georgia yang tebabit dalam konflik berdarah di tengah Eropah,berdamai di temasya Olimpik semalam apabila dua wakil mereka berpelukan penuh emosi di atas podium pemenang.
Insiden ini dapat disaksikan sebaik tamat acara final 10 meter air pistol air di mana Natalia Paderina dari Russia memenangi perak manakala penembak Gergia,Nino Salukvadze,mengutip gangsa.
"Ini adalah satu kemenangan kecil bagi rakyat negara saya,"kata penembak 39 tahun Salukvadze dari Tbilisi yang mengenali Paderina sejak awak pembabitan mereka dalam sukan itu.
"Apabila menyentuh sukan,kami akan sentiasa menjadi rakan dan tidak ada dapat menghalang persahabatan kami.
"Kalau pun ada perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang kami lakukan ini,ialah peperangan tidak sepatutnya berlaku.Lagipun kita hidup dalam abad ke-21 dan kita tidak seharusnya mencetuskan perang.
Salukvadze,pemenang emas di Seoul 1988,jelas tersentuh apbila kedua-dua penembak wanita itu saling mencium pipi masing-masing sambil diperhatikan pemenang emas,Guo Wenjun dari China.
"Tidak sepatutnya ada rasa benci di antara atlit dan rakyat.Biarlah kita menyerahkan kepada ahli politik untuk menyelesaikannya,"kata penembak Georgia itu.
Paderina,penembak 32 dari Yekaterinburg,berkata dia dan Salukvadze memang rapat.
"Kami adalah rakan,"katanya."Kami tidak mencampurkan politik dalam sukan.Sukan lebih besar daripada politik,"katanya sambil mengakui bimbang tidak dapat mengambil bahagian selepas kotinjen 35 atlit negara itu membayangkan hasrat untuk manarik diri sebelum ini-AFP
Posted by Mr Aan at 2:19 PM 0 comments
Labels: Sukan
Taufik mula permainan psikologi
Bagi menganggu lawan selain menambah semangat kepada dirinya.
Adakah ia sekadar'merajuk'atau caranya tersendiri untuk menyuntik semangat menjelang kempen mempertahankan pingat emasacara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.
Malah ketika ini,Taufik Hidayat dilihat mampu dicabar pemain veteran Malaysia, Wong Choong Hann,31 di pusingan kedua malam ini kerana persiapan kurang meyakinkan ,terima kasih kepada demam denggi berdarah yang dialaminya dua minggu seblum termasya ini bermula.
Namun,Taufik yang genap berusia 27 tahun semalam,tidak ambil pusing semua itu,malah pantas menyelar Komite Olimpik Indonesia(Koni)dan Persatuan Bulu tangkis Seluruh Indonesia(PBSI)yang tidak menganggap dirinya mampu menyumbang emas.
"Hanya kerana persiapan say kurang baik,mereka ketepikan peluang saya begitu sahaja dan meletakkan harapan kepada acara beregu lelaki dan beregu campuran.
"Situasi ini sama ketika di Athens 2004 apabila mereka langsung tidak yakin dengan kemampuan saya.Tapi akhirnya mereka nyata silap"katanya yang dikatakan agak tersinggung kerana turut tidak dinamakan sebagai pembawa bendera Indonesia sewaktu upacara pembukaan Sukan Olimpik ,Jumaat lalu.
Tindakan Taufik itu bukan sesuatu yang baru dilakukannya menjelang aksinya dalam kejohanan utama selepas turut mengecam bintang China,Lin Dan sebelum bermulanya Sukan Asia Doha 2006 dengan melabelkan lawan itu sebagai'sombong'.
Malah tindakan itu dilihat sebagai permainan psikologi bagi menganggu lawan selain menambah semangat dirinya untuk tampil dengan cemerlang.
Mengenai pertemuanya dengan Choong Hann,31,Taufik menjelaskan mereka sudah lama tidak bermain antara satu sama lain dengan pertemuan terakhir di Terbuka Hong Kong 2005 yang berkesudahan pemain Malaysia menang untuk menyamakan rekod pertaruhan mereka 3-3.
Namun,apa yang penting bagi Taufik adalah dia menganggap dirinya sudah cergas 100 peratus dan bersedia untuk mempertahankan emas Olimpik,biarpun tiada siapa yang berani meletakkan harapan tinggi kepadanya.
Begitupun,ada satu lagi suntikan semangat buat Taufik hari ini apabila memasuki gelanggang Universiti Teknologi Beijing jam 7.40 malam.Anaknya Natarina Alika Hidayat,setahun,dan isterinya Amy Gumelar akan turut berada disitu untuk menonton.
Posted by Mr Aan at 1:29 PM 0 comments
Labels: Sukan
Sekadar rekod kebangsaan
Amirul masih menyengat tapi belum cukup untuk meraih pingat.
Selepas dua tahun terpinggir,badang negara,Amirul Hamizan Ibrahim yang kembaali ke pentas dunia,jelas belum hilang sentuhannya apabila mencipta rekod baru kebangsaankategori 56kg di Universiti Sains dan Teknologi Beijing,malam tadi.
Jumlah angkatan keseluruhannya pada 256kg,adalah tiga kilogram lebih berat daripada rekod lama yang dilkukannya di kejohanan kelayakan d Jepun,mei lalu manakala catatannyapada 121kg untuk snatch dan 144kg untuk clean & jerk sekadar menyamai rekod kebangsaan yang juga miliknya.
Namun,ia tetap tidak mencukupi baginya untuk berada dalam senarai penerimaan pingat apabila catatan itu hanya membolehkan berada di tempat kelapan di belakang Wang Shin Yuan dari Taiwan yang mengumpulkan jumlah yang sama tetapi dengan berat badan yang lebih rendah.
"Saya tidak terkejut dengan rekod kebangsaan ini kerana sedar ia dalam jangkauan.Apa yang menjadi buruan utama saya adalah untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi.
"Apapun sy tetap bersyukur kerana berjaya memecahkan rekod itu dengan kelebihan tiga kilogram"kata Amirul 27,yang sebelum ini terpaksa menjalani penggantungan dua tahun akibat kesalahan doping.
Amirul hanya bejay mengangkat 144kg pada percubaan keduanya dalam acara clean & jerk dan gagal dalam cubaanya pada 148kg.
Acara itu dimenangi Ling Qingquan,17 yang mencatat dua rekod baru remaja dunia dengan jumlah angkatan keseluruhan 292kg,selain 132kg untuk acara snatch.Pingat perak dimenangi peserta Vietnam,Anh hoang dengan jumlah keseluruhan 290kg diikuti gangsa oleh Eko Irawan dari Indonesia 288kg.
Posted by Mr Aan at 11:08 AM 2 comments
Labels: Sukan
Trio memanah keluar berburu
Wan khalmizam,Chu Sian dan Marbawi mulakan aksi suku akhir.
Selepas beberapa aksi kurang memberansangkan atlit negara di sukan olympik ini,harapan pingat pertama sesudah kempunan dalam dua temasya terdahulu,kini disandarkan kepada trio memanah yang akan memulakan aksi suku akhir acara berpasukan mereka pagi ini.
Malah ketua pengarah majlis sukan negara,datuk Zolkples Embong mengharapkan Wan Khalmizam Wan abdul Aziz,Cheng Chu Sian dan Muhammad Marbawi Sulaiman dapat mencipta kejutan awal dengan menyumbang pingat yang dicari-cari,tanpa mengira warnanya hari ini.
"Segala yang dirancang sudah menjadi setakat ini termasuk mengelakkan diri berada undian sama dengan Korea."
"Mereka sudah berada disuku akhir dan saya percaya mereka mampu meneruskan kemaraan dandengan aksi konsisten,kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada mereka"katanya.
Trio negara akan memulakan aksi menentang pemenang pertemuan Kanada dan Itali jam 11.40 pagi ini untuk memburu tiket ke separuh akhir dan final yang akan diadakan petang ini juga.
Begitupun,Zolkples tidak mahu pemanah negara meletakkan tekanan tambahan kepada diri sendiri selepas persembahan yang agak baik dalam aksi penentuan ranking di Padang Memanah Olimpik Green,kelmarin.
"Apa yang penting adalah aksi konsisten kerana ketiga-tiga pemanah perlu memberi sumbangan untuk mengutip mata.Lihat saja semalam(kelmarin)apabila secara tiba-tiba aksi Chu Sian agak menurun pada panah 49 hingga 52 hingga kedudukan individunya turun dari tempat ke-13 kepada 23.
"Ini wajar dielakkan kerana kesilapan kecil mampu memberi kesan besar kepada pasukan secara keseluruhannya"katanya.
Selepas beraksi dalam keadaan berjerebu kelmarin,trio memanah negara perlu bersedia berdepan kemungkinan bertarung dalam hujan selepas Beijing mengalami hujan semalam dan cuaca juga diramal begitu hari ini.
Mengenai persembahan keseluruhan kontinjen negara selepas tiga hari Sukan Olimpik bermula ,Zolkples mengakui kecuali aksi trio memanah negara,beliau agak hampa dengan persembahan perenang muda,Lew Yih Wey dan beregu wanita ,Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.
"Kita terima kekalahan mereka.Yih Wey masih muda dan ini adalah pengalaman pertamanya manakala beregu negara terpaksa lawan pasangan nombor empat dunia dari Korea Selatan.
"Namun seperti Yih WeY,kita harapkan berada dalam saingan perenang handalan dunia mampu meningkatkan persembahannya bagi mendekati atau mengatasi catattan peribadi"katanya.
Posted by Mr Aan at 10:17 AM 0 comments
Labels: Sukan