Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Saturday, August 23, 2008

Bryan Nickson 'lemas' di kolam

Gagal teruskan cabaran ke separuh akhir selepas hanya kumpul 384.35 mata

Empat tahun lalu, Bryan Nickson Lomas menjadi tumpuan sebagai atlit paling muda di Sukan Olimpik Athens, selain hanya satu tangga memisahkannya daripada saingan ke separuh akhir.

Semalam, pada pentas Olimpik keduanya, Bryan 'tenggelam' apabila tampil dengan aksi hambar di Pusat Akuatik Nasional yang sebelum ini turut menyaksikan perenang negara 'lemas' di gelanggang yang menyaksikan 25 rekod dunia dicipta.

Harapan melihatnya menjadi penerjun pertama negara layak ke separuh akhir Sukan Olimpik, selepas kegagalan tiga rakan senegara, Leong Mun Yee, Elizabeth Jimie dan Pandalela Rinong, jelas tidak kesampaian apabila Bryan sekadar menamatkan aksinya di tangga ke-26 daripada 30 peserta.

Kebangkitan pada dua terjunan terakhir apabila mencatat 77.40 dan 78.80 mata iaitu catatan tertingginya daripada enam terjunan, tidak dapat membantu meletakkannya dalam kelompok 18 terakhir untuk ke separuh akhir.

Jumlah mata keseluruhan 384.35 yang dikutipnya adalah 33.65 mata di belakang Juan Guillermo Uran dari Colombia yang menduduki tangga ke-18, posisi terakhir untuk ke separuh akhir.

Semua itu kerana kesilapan yang dilakukannya pada terjunan kedua dan ketiganya yang menyaksikan dia kerugian mata.

Bryan, 18, memulakan cabarannya dengan gaya forward 3 1/2 somersault dengan darjah kesukaran 3, untuk mengutip 72 mata yang sekadar meletakkannya di tangga ke-19, berkongsi dengan empat penerjun lain.

Namun pergerakan yang kurang kemas pada terjunan kedua gaya reverse 2 1/2 somersault, menyaksikan kedudukan Bryan turun sedikit apabila sekadar mencatat 68.85 mata.

Kutipan 140.85 mata selepas dua terjunan itu hanya membolehkan penerjun berasal dari Kuching, Sarawak itu mengisi tempat ke-21.

Segala-galanya nampak kian jauh daripada jangkauan Bryan apabila terjunannya semakin terjejas. Gaya inward 3 1/2 somersault yang dilakukannya kurang menjadi sehingga hanya diberikan 44.80 mata dan terus menyaksikan kedudukannya merosot sehingga ke tempat ke-27.

Cabarannya kian longlai apabila hanya mengutip 49.50 mata pada terjunan seterusnya dengan gaya back 3 1/2 somersaul, tanpa mampu melonjakkan kedudukannya ketika hanya berbaki dua terjunan lagi.

Kebangkitan pada dua terjunan terakhirnya jelas tidak cukup dan sudah terlambat buat Bryan.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: