Sikap gugup benteng pertahanan Johor FC jelas menjadi antara punca utama yang menjurus kepada kekalahan dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila kecundang kepada bekas juara itu 0-2 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Meskipun pertama kali layak ke pentas separuh akhir, benteng pertahanan Johor FC tidak seharus memberi ruang kepada skuad Merah Kuning itu bermaharajalela dengan mencipta dua gol pada babak pertama dan kedua untuk menjadi bekalan selesa apabila bertandang ke Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam esok.
Yang pasti situasi itu nyata memberi tekanan buat jurulatih, Ramlan Rashid mengubah strategi bagi meningkatkan kualiti permainan selepas hasrat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang keputusan seri tidak kesampaian.
Sambil menegaskan ketua pasukan, Wan Rohaimi Ismail dan Mouise Moudourou yang mengemudi benteng tampak hilang tumpuan, bekas pertahanan Johor itu ingin memastikan perkara itu tidak berulang apabila aksi kedua pentas separuh akhir bersambung di laman sendiri.
“Lupakan 90 minit lalu yang bagi saya amat perit untuk ditelan dan perlu beri tumpuan kepada baki 90 minit lagi di tempat sendiri dan saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pemain kerana tidak mahu memberi mereka tekanan.
“Buat masa ini saya akan mengkaji rakaman video perlawanan itu dan mencari kelemahan yang perlu diperbaiki namun apa yang pemain sajikan tidak seteruk yang dijangkakan sebaliknya pengalaman yang memisahkan Johor FC.
“Apa yang pasukan lawan sajikan dalam perlawanan itu nyata berbeza ketika saingan Liga Super, mereka tampak lebih tersusun malah peluang barisan serangan menyusup ke kawasan Selangor pantas dimatikan oleh pertahanan pasukan itu,” katanya.
Walaupun menggunakan formasi 4-4-2, Johor FC yang bergantung sandaran kepada dua pemain import dari Argentina Walter Silva Ariel dan Gustavo Fuentes seolah-olah kaku tatkala memiliki peluang.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment