Sasar lapan pasukan teratas acara pecut berpasukan lelaki.
Jaguh muda Asia, Azizulhasni Awang menyuarakan tekad besar mahu mencipta rekod baru dalam usaha membantu skuad Malaysia menempatkan diri dalam senarai lapan pasukan teratas - sekali gus layak bersaing pada peringkat seterusnya.
Jelas semangat itu membara apabila kecanggihan trek di Laoshan Velodrome menimbulkan rasa tidak sabar dalam kalangan pelumba negara untuk beraksi buat julung kali dalam acara pecut berpasukan lelaki, hari ini selepas mencatat masa yang memberangsangkan semasa latihan.
Azizulhasni berazam mencipta rekod baru dalam usaha Malaysia menempatkan diri dalam senarai lapan pasukan teratas yang layak ke peringkat seterusnya selepas bersaing pada peringkat awal.
"Velodrom ini memang dalam kelas teratas. Keadaannya yang membolehkan pelumba menunggang dengan laju dan laluan lurusnya yang panjang, memang bagus. Insya Allah, kami akan dapat mencipta rekod di sini," kata juara pecut dan Keirin Asia berusia 20 tahun itu.
Pelumba ini berkata pasukannya mencatat masa memberangsangkan semasa latihan di Beijing tanpa menyatakan kelajuan yang mereka capai semasa berkayuh di trek sepanjang 250 meter itu, yang mempunyai kecondongan maksimum 47 darjah.
"Masa dicatat itu dikira okay dan harap kami dapat mengulangi apabila berlumba nanti. Saya tak boleh beritahu masa dicatat tapi saya yakin dan tidak sabar menunggu acara ini bermula," kata Azizul yang juga akan beraksi dalam acara pecut 200m dan Keirin.
Acara itu akan menyaksikan lapan pasukan terbaik bersaing bagi pusingan pertama, dengan empat bakal mara ke pusingan akhir. Dua pasukan yang mencatat masa paling pantas dalam pusingan pertama akan beradu kehebatan bagi merebut pingat emas serta tempat ketiga dan keempat, yang akan menerima pingat gangsa.
Josiah Ng, yang kagum dengan trek ini, berkata velodrom berkenaan adalah yang terbaik pernah digunakannya.
"Treknya begitu rata dan memudahkan untuk membuat pecutan. Keadaannya cukup sempurna dan saya mencatat masa terbaik di sini beberapa hari lepas.
Acara pecut berpasukan akan menjadi pembakar semangat bagi Azizul dan Ng sebelum menyertai acara Keirin pada Sabtu ini.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment