Kejayaannya pada Terbuka China jadi faktor pemilihan sebagai pemenang.
Kejutan dicipta pemain badminton wanita utama, Wong Mew Choo, ketika menjuarai Terbuka China, tahun lalu, menyaksikan dia dijulang selaku pemenang Anugerah Kecemerlangan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2007, malam tadi.
Pemilihan Mew Choo, 25, dilakukan kerana dianggap sebagai wakil generasi baru badminton selepas negara sekian lama ketandusan pemain wanita berwibawa di pentas antarabangsa.
"Saya amat terkejut dengan pemilihan memenangi anugerah kali ini. Ini menjadi satu inspirasi kepada saya untuk terus berjaya mengharumkan nama negara," kata jaguh perseorangan itu yang layak ke suku akhir Sukan Olimpik di Beijing, baru-baru ini.
Selain memenangi Terbuka China, Mew Choo turut menyerlah selaku pemain wanita negara pertama layak ke final Terbuka Malaysia serta mara ke separuh akhir Kejohanan Asia, suku akhir Kejohanan Dunia dan Seluruh England, tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Khalid Saad berkata kejayaan pemain berkenaan jelas membuktikan bahawa dia adalah wakil generasi baru selepas satu penantian sekian lama.
"Ia jadi faktor pemilihannya sebagai pemenang anugerah in," kata Khalid.
"Antara faktor lain turut diambil kira ialah personaliti, kesan kejayaan, disiplin serta aksi konsisten persembahan. Jawatankuasa berpuas hati Mew Choo mempamerkan semuanya sepanjang tahun lalu."
Empat calon lain yang diatasi Mew Choo dalam perebutan anugerah itu ialah gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, ratu skuasy, Datuk Nicol David, atlit lompat bergalah, Roslinda Samsu dan pelompat tinggi, Lee Hup Wei.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub, menyampaikan anugerah kepada Mew Choo dalam majlis gilang gemilang di Bukit Jalil, malam tadi.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment