Detik malang berterusan lagi buat Amerika Syarikat dalam lapangan olahraga di Beijing. Semalam, kedua-dua kuartet lelaki dan wanita acara 4x100 meter gagal layak ke peringkat seterusnya selepas terkandas dalam pusingan pertama di Stadium sarang Burung.
Segala-galanya terarah kepada kesilapan berharga kedua-dua pasukan itu menjatuhkan baton dalam perlumbaan di trek basah.
Terdahulu, pelari terakhir, Tyson Gay - sebahagian anggota yang memenangi lari berganti-ganti itu di kejohanan dunia, tahun lalu - tidak dapat menyambut baton daripada pelari ketiga, Darvis Patton buat mengecewakan pasukan yang dianggap antara pilihan itu.
Kemudian, selang kira-kira 25 minit pelari terakhir wanita, Lauryn Williams tersalah langkah ketika membuat pertukaran dan baton terjatuh ke balapan untuk satu lagi kejutan pada hari ketujuh olahraga.
Tidak seperti acara lelaki, Lauryn bergelut mencapai semula baton dan menyudahkan perlumbaan satu pusingan itu.
0 comments:
Post a Comment