Wajah jagoan badminton negara, Lee Chong Wei jelas terpancar, semalam memikirkan sinaran baru dalam hidupnya apabila ganjaran besar - seperti dijanjikan bakal diterima dalam satu majlis yang akan diadakan di Pulau Pinang, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan secara rasmi ganjaran RM300,000 itu menghambur kata-kata pujian ke atas kehebatan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu yang berjaya menamatkan kemarau pingat untuk negara dalam temasya berkenaan sejak 1996.
Tambah menceriakan, Chong Wei juga akan memperoleh pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya berkuat kuasa pada September ini.
“Chong Wei bermain dengan baik tetapi Lin Dan lebih agresif. Apapun, dia sudah menunjukkan kesungguhan terutama pada separuh akhir (menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il),” katanya ketika bertemu pemain perseorangan itu di pejabatnya di Parlimen, semalam.
Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan secara berseloroh berkata, dengan wang tunai itu, Chong Wei sudah boleh mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga bintang badminton wanita negara, Wong Mew Choo.
Selain Chong Wei, Najib turut bertemu dengan semua pemain badminton negara ke Sukan Olimpik Beijing serta jurulatih, Misbun Sidek dan Rexy Mainaky serta ketua jurulatih kebangsaan Yap Kim Hock.
Terdahulu rombongan skuad badminton itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di Parlimen.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
2 comments:
~ rm300k? boleh beli rumah sebijik. huhuhu... ~
ya.....
akak bleh mntk kat chong wei......
huhu...
Post a Comment