Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Friday, August 15, 2008

Olimpik Beijing: 10 atlit kita beraksi hari ini

Hari ini menyaksikan atlit Malaysia paling ramai beraksi pada hari yang sama di Sukan Olimpik Beijing apabila 10 orang akan turun ke gelanggang dalam tujuh acara.

Namun, tumpuan utama peminat sukan negara pastinya terarah ke Universiti Teknologi Beijing di mana pemain perseorangan utama badminton negara, Lee Chong Wei akan akan beraksi di peringkat separuh akhir pada sebelah petang.

Ia akan dimulakan dengan atlit memanah, Cheng Chu Sian yang beraksi di pusingan ketiga acara individu yang membuka cabarannya kira-kira jam 11 pagi sebelum penembak 25 meter rapid fire pistol, Hasli Izwan Amir Hassan turun ke Lapang Sasar Beijing pada sebelah tengah hari untuk sesi kelayakan.

Sementara itu, Dr Kevin Lim akan menyambung cabaran acara perahu layar pusingan 4, 5 dan 6 dengan aksinya banyak bergantung kepada keadaan angin.

Ini diikuti dua atlit terjun, Leong Mun Yee dan Elizabeth Jimie yang akan membuka cabaran masing-masing dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Nasional, hari ini.

Mun Yee, 24, yang membuat penampilan ketiganya dan muka baru, Elizabeth, 16, akan bersaing dengan 28 atlit lain untuk mencari tempat ke separuh akhir di mana mereka perlu menempatkan diri dalam kelompok 18 peserta terbaik.

"Peluang mereka untuk mara ke separuh akhir tetap ada dan saya harap kedua-duanya mampu memberikan aksi terbaik," kata pengurus pasukan, Edwin Chong.

Trio berbasikal negara terdiri daripada Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin akan bertarung dalam pusingan kelayakan acara pecut berpasukan, kira-kira jam 4.30 petang.

Perenang berusia 17 tahun, Leung Chii Lin yang berasal dari Sabah akan beraksi dalam acara 50m gaya bebas wanita di Pusat Akuatik Nasional, sebelum Chong Wei turun ke gelanggang dalam dua perlawanan terakhirnya yang bakal menentukan warna pingat mampu diraih di Beijing.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: