Hijau adalah hijau dahan
Di pohon-pohon yang akan tumbang
Kerana ketamakan
Yang pernah disalahgunakan
Oleh kekuasaan
Untuk penindasan
Hijau adalah kedamaian
Kesejukan, keselarasan
Segala hal yang dicari dan jadi tujuan
Posted by Mr Aan at 7:24 AM 5 comments
Labels: uhmmm
Tanpa lengahkan masa...saya akan siapkan tag dari Cikyuyu.Dia suruh saya senaraikan nama 10 nama pelik dalam phonebook saya....
Anez
Nama yang cukup pelik..tapi bagi saya...nama yang chantek..kenapa saya bubuh nme Anez...sebabnya...nama die Anis..saja tukar ke Anez
Apiz
Nama sebenarnya Hafis...saja letak nama tu senang nak ingat..hehe
Ariel
Pelik ke? ni kawan saya...nama sebenarnya Zaiman
Yana
Ini nama pelik tapi tak benar..hehe..ni jiran saya..nama sebenarnya Diana...kami kawan sejak dari darjah 3 lagi tapi yana sudah pindah...cepatnya masa berlalu...(sambil menitiskan air mata hijau) huhu..
Ghan
Ini bukan artis ya...ni nama sepupu saya...manis orangnya
Hani
Pelik ke? tak pelik la..ini bukan nama sayang ye..hehe.nme sebenarnya Sharifah Hanirah..bukan Sharifah Zarina..hehe..kenapa saya bubuh nama hani sebab saya pnggl dia hani
E-one
Ini bukan anggota ruffedge ye..ekekekek..nama sebenarnya Riduan
Kios
Pelik kan nama ni...sebab apa saya bubuh nama kios..sebab dia suka sangat dengan kereta Honda Kios...so saya panggil la dia Kios...
Ini saja nama boleh dikatakan pelik dalam phonebook saya yang lain nama sebenar.Siapakah mangsa seterusnya?.Nama-nama yang di bawah ini terpilih untuk menerima tag ini.
Along Arman
Farah
Biskutz
Mae
Meo
Posted by Mr Aan at 1:09 AM 1 comments
Labels: Tags
Tanpa melengahkan masa saya akan jawab tag dari Wiween ini
Posted by Mr Aan at 1:10 AM 7 comments
Posted by Mr Aan at 12:53 AM 7 comments
Labels: Gambar
Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua individu muslim. Ini berdasarkan hadis Rasullah (s.a.w)
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"
Berdasarkan hadis di atas, kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum lelaki muslim sahaja, tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini adalah bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.
Takrif kedudukan kepentingan ilmu.
Ilmu berasal daripada perkataan arab iatu alam, ya'lam, ilmu bererti mengetahui dan pengetahuan. Dari segi istilah idri'kalma'lum iatu mengetahui sesuatu yang boleh diketahui. Takrif yang lebih kemas ialah mengetahui sesuatu secara tepat atau tentang sesuatu perkara.
Peranan ilmu dalam merealisasikan tugas khalifah.
Posted by Mr Aan at 3:21 PM 0 comments
Labels: agama
Siapa yang tidak suka dengan muzik?. Siapa pun pasti suka dengan muzik di dunia ini muzik sangat diperlukan dalam kehidupan kita, bila tak ada muzik hidup ini mungkin akan menjadi sepi.
Muzik dapat membuat kita bersemangat, membuat kita senang, santai, menghilangkan stress kita. Selera muzik setiap orang berbeza ada yang suka muzik rock, rnb, jazz, pop dan lain-lain.
Kalau saya dengar muzik apa saja tidak menjadi masalah yang penting sedap di dengar. Saya sangat suka dengar muzik masa nak tidur kerana saya akan cepat sekali tertidur jika mendengar muzik. Band yang paling saya minati ialah VE (voice of ephonions), Ruffedge (Re), Toophat (ok).
Bagi saya saat yang paling seronok untuk mendengar muzik adalah saat hujan deras sambil duduk di teras rumah. Ya begitulah muzik bagi saya.
Posted by Mr Aan at 8:31 PM 2 comments
Labels: uhmmm
Perkara yang boleh merosakan iman dan Islam terbahagi kepada tiga bahagian:
-I'tikad
-Perkataan
-Perbuatan
I'tikad.
I'tikad atau kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, seperti:
Posted by Mr Aan at 1:45 PM 0 comments
Labels: agama
Pasti akan mentauhidkan Allah (s.w.t)
Posted by Mr Aan at 1:25 PM 0 comments
Labels: agama
Buat perhitungan 'siapa juara' Formula Satu di Interlagos bulan depan
SHANGHAI: Pemandu Britain, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix China tetapi dinafikan kejuaraan dunia oleh pencabar terdekatnya Felipe Massa, yang menamatkan saingan di tempat kedua, semalam.
Pemandu McLaren, Hamilton mendahului sepanjang perlumbaan tetapi dia kekal hanya tujuh mata mengatasi Massa, dan memaksa persaingan bagi kejuaraan dunia kepada perlumbaan terakhir dramatik di Brazil, bulan depan.
"Perlumbaan menakjubkan, kereta pula sungguh seronok untuk dipandu buat saya," kata Hamilton. "Sepanjang minggu kami mendapat tuah dan pasukan melakukan tugas yang baik. Kereta pula cukup cemerlang sepanjang minggu.
Juara bertahan dari Ferrari, Kimi Raikkonen di tempat ketiga selepas menyerahkan tempat kedua kepada Massa pada lewat perlumbaan. Juara dunia dua kali Fernando Alonso dari Renault, keempat.
Pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld menduduki tempat kelima mengatasi rakan sepasukan Robert Kubica, seorang lagi pencabar kejuaraan, yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam bagi menamatkan peluang tipisnya merangkul kejuaraan.
Hamilton, 23, berhasrat menjadi pemandu termuda dan kulit hitam pertama memenangi kejuaraan dunia selepas mensesiakan pendahuluan selesa dalam kedudukan pemandu dunia tahun lalu.
Posted by Mr Aan at 7:11 PM 2 comments
Labels: Sukan
Aqidah tauhid bererti kepercayaan kepada keesaan Allah (s.w.t) dan kepercayaan diatas kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Kepercayaan dan keimanan merupakan dasar yang menunjangi seluruh kehidupan muslim.Sebagai asas yang paling utama mendasari agama islam,aqidah Islam memamdu manusia dalam membina peribadi mukmim yang kamil. Justeru itu ruh aqidah perlu terus disuburkan dalam setiap hati insan yang beriman dengan menjadikan ilmu sebagai pembimbing ke arah pembentukan jiwa muslim cemerlang duniawi dan ukhrawi.
Aqidah adalah satu-satunya asas yang berupaya membentuk diri dan memberi kesan yang mendalam terhadap perwatakan dan tingkah laku manusia.IA merupakan satu akidah yang sentiasa menjana perubahan kepada pemikiran,personaliti dan cara bekerjs umatnya.Untuk itu al quran sentiasa mengulangi penegasan kepada orang-orang yang beriman agar berusaha untuk terus mempertingkatkan dan memantapkan keimanan mereka.
Sememangnya terdapat perkaitan yang amat rapat di antara aqidah dan sistem masyarakat,akhlak,ekonomi dan politik yang membentuk institusi kehidupan manusia.Kebangkitan Islam adalah menandakan kemunculan tamadun.Adalah tidak disangkal lagi bahawa Islam adalah sebaik-baik agama dan ptunjuk.Seperti di dalam firman Allah.s.w.t.yang bermaksud
"Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu membantah-bantah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan."
Masalah keruntuhan akhlak merupakan isu yang sering diperkatakan dewasa ini.Begitu juga isu kepincangan institusi kekeluargaan,maksiat yang berleluasa dan gejala moral seperti sumbang mahram,rogol dan sebagainya sentiasa menjadi berits dimuka depan akhbar harian kita.
Fenomena seperti ini bukan sahaja dihubungkan dengan kesan-kesan negatif dalam masyarakat hasil daripada kelemahan ummah dalam memperkasakan iman di dalam jiwa masyarakat.
Posted by Mr Aan at 4:41 PM 0 comments
Labels: agama
Posted by Mr Aan at 11:03 PM 5 comments
Labels: Gift
Islam mempunyai konsep yang amat luas yang merupakan cara hidup yang lengkap.Ianya merangkumi perkara-perkara penting dalam pengertian al-Din itu sendiri.Di dalamnya terkandung tiga perkara besar iatu aqidah,syariah dan akhlak.
Aqidah (Tauhid)
Posted by Mr Aan at 1:53 AM 1 comments
Labels: agama
Islam adalah agama yang universal
Posted by Mr Aan at 1:01 PM 0 comments
Labels: agama
Ku membenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu
Posted by Mr Aan at 11:48 PM 1 comments
Labels: music and lyrics
Antara perkara-perkara yang telah diterima pakai oleh ahli fiqh dan undang-undang ialah setiap sistem yang ada, sama ada yang berasal dari Allah (s.w.t) atau pun ciptaan manusia mestilah mempunyai kelebihan dan ciri-cirinya yang tersendiri. Oleh itu, kita perlu memahami dan mengetahui dengan sebenar-benarnya ciri-ciri undang-undang Islam untuk melihat keistimewaannya berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia.
Agama Islam dari Allah (s.w.t) dan bersifat ketuhanan (Rabbaniyyah) .
Posted by Mr Aan at 4:59 PM 0 comments
Labels: agama
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolak ku acuhkan diri ku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hati mu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikap mu
Tak sadarkah kau telah menyakiti ku
Lelah hati ini meyakinkan mu
Cinta ini membunuh ku
Posted by Mr Aan at 8:40 PM 4 comments
Labels: music and lyrics
Ulamak mengklasifikasikan tauhid menjadi tiga iaitu :
Posted by Mr Aan at 2:42 PM 0 comments
Labels: agama
Dari segi bahasa ianya berasal dari perkataan wahada, yahidu, wahdan, wawahdatan bermakna tunggal dan sendiri ia. Manakala kata terbitannya tauhid bererti mengesakan atau mengatakan sesuatu. Ada ulamak mentakrifkannya dengan keilmuan bahawa sesuatu itu Esa.
Dari segi istilah ianya bermaksud mentauhidkan Allah (s.w.t) dalam segala bentuk sama ada dari segi kepercayaan (aqidah) iatu mengesakan Allah (s.w.t) dari segi dzat, sifat dan af al-Nya (perbuatan Allah) serta mengkhususkan peribadatan hanya kepada Allah (s.w.t).
Kesimpulannya kita dapat ringkaskan bahawa tauhid itu adalah mengkhususkan segala kepercayaan kepada Allah (s.w.t) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan rukun keimanan seperti mempercayai malaikat dan hari kebangkitan. Kepercayaan tersebut mestilah diiringi dengan mengkhususkan pula peribadatan dan penyerahan diri secara total kepada Allah (s.w.t) dan perundanganNya.
Posted by Mr Aan at 1:57 PM 0 comments
Labels: agama
Islam bererti tunduk dan menyerahkan kepada Allah (s.w.t) serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dan tidak dipasa. Islam mengajar kepatuhan kepada Allah (s.w.t) dan tunduk kepada perintahNya tanpa bantahan.
Firman Allah (s.w.t) :
"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan"
Terdapat juga par ulamak mendefinasikan Islam sebagai nidzam (peraturan) perundangan yang lengkap bagi mengatur hidup manusia. Mengandungi peraturan-peraturan berbentuk akidah, akhlak, mu'amalat dan segala berita yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Tidak ketinggalan juga ulamak menyebut bahawa Islam itu sebagai pedoman hidup yang sebenar, petunjuk dalam semua aspek kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang benar.
Tauhid dan pembahagiannya
Akidah yang benar dan sah adalah syarat pertama bagi setiap orang yang mengaku telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tauhid tersebut haruslah sesuai dengan apa termaktub dalam kitab Al-Quran dan sunnah Rasullulah (s.a.w) .
Posted by Mr Aan at 12:40 PM 0 comments
Labels: agama
Nama Islam tidak disandarkan pada individu tertentu, tidak seperti agama Kristian yang dikaitkan kepada Jesus Christ, Budha disandarkan kepada Gautama Budha. Demikian juga agama Zoroasterianism dimansyurkan oleh Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan kepada mana-mana kabilah, seperti agama Yahudi yang dikenali daripada nama kabilah Yahuda. Begitu juga dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat, Indus kemudian bertukar kepada Hindu.
Tetapi Islam adalah dari Allah (s.w.t) dan bukan dicipta oleh mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Ia tidak dikhaskan bagi umat tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa dan puak yang ada di atas muka bumi Allah (s.w.t). Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam.
Pengertian Iman
Iman bererti mempercayai dan menerima. Iman letaknya dihati, disokong dengan pengakuan melalui lidah dan dibuktikan dengan amal dan perbuatan. Berdasarkan itu, ulamak memberi takrif iman sebagai :
"Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota"
Iman bereti percaya akan adanya tuhan dan membenarkan sekalian perkara yang disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w). Asas aqidah Islam ialah beriman kepada Allah (s.w.t) , para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan hari Akhirat serta qada' dan qadarNya.
Posted by Mr Aan at 8:54 PM 3 comments
Labels: agama
Posted by Mr Aan at 2:49 PM 0 comments
Labels: Renungan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata
Perjalanan roh ku
Melengkapi
Sebuah kembara
Singgah di
Rahim bonda
Sebelum menjejak
Ke dunia
Menanti di barzakh
Sebelum berangkat
Ke masyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga
Atau sebaliknya
Tanah yang basah
Berwarna merah
Semerah mawar
Dan juga rindu
Tujuh langkah
Pun baru berlalu
Seusai talkin
Bernama syahdu
Tenang dan damai
Di pusaraku
Nisan batu
Menjadi tugu
Namun tak siapa
Pun tahu resah
Penantianku
Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka
Yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini
Bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar
Kejadian
Yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini
Bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar
Kejadian
Kembali oh kembali
Kembalilah ke
Dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih
Yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad
Di dalam keranda kayu
Ajal yang datang
Dimuka pintu
Tiada siapa
Yang memberitahu
Tiada siapa
Pun dapat hindari
Tiada siapa
Yang terkecuali
Lemah jemari
Nafas terhenti
Tidak tergambar
Sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup
Untukku mengulangi
Jantung berdegup
Kencang menantikan
Malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan
Selama ini
Diceritakan kini
Aku merasakan
Dialam barzakh
Jasad dikebumikan
Selama ini
Diceritakan kini
Aku merasakan
Dialam barzakh
Jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata
Posted by Mr Aan at 10:45 PM 6 comments
Labels: music and lyrics
Disini ada pesta
Disini ada pesta
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
Bukan sibotak dari yang terbatu SETAN
Nakal dua personaliti
Tapi orang bilang dalam aku ada hantu
Entah terserah hadir sendiri
Bila aku datang
Dia pasti pergi
Lenyap satu malam satu siang
Roh ada dua jasad dikongsi
Dia agresif fakul berdiam
Aku permalu dia pula berlagu
Tersenyum bila terdua kecil
Dia bangun lalang baju ku nampak
Jahat ops dia ambil dari situ
Aku lekas marah
Dia lekas berdarah
Aku genggam angin
Dia tumbuk bila kalah
(hantu)
rara
Itu dia siapa tahu
nenek pernah cakap
Dalam aku ada hantu
Mungkin kerna itu
Flopku berhantu
Mungkin kerna itu
Showku berhantu
Kausan berhantu
Dimana ada aku
Ada pesta berhantu
(one two)2
Percaya hantu takut hantu
Tapi tak pernah nampak pun hantu
Tapi boleh rasa boleh tahu
Dalam aku ada hantu
Disini ada pesta
Hantu
Disini ada pesta
Hantu
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
"yop berani cuba yop"
Bulu roma naik
Aku nampak hitam
Bila aku pitam
Dia datang cakap siap
Jangan sambut dengan jampi
Dia tak terima ikut mazhab
Rimau raja rama lima
Oh kiri oh kanan
(hantu)
rara
Pasti kena tampar
Hahaha
Siapa takut lari
Berani kena campak
Kenapa kita takut
Benda yang tidak nampak
Benarkah wujud
Kalau kita tidak nampak
Penakut
Takut benda yang tak nampak
Bila tengok cermin
Aku takut aku
Nenek pernah cakap
Dalam aku ada hantu
Tengok cermin
Ku takut aku
Nenek bilang
Dalam aku ada hantu
Nenekmu pun kan bilang begitu
Kan dalam kita
Semua ada hantu
Percaya hantu takut hantu
Tapi tak pernah nampak pun hantu
Tapi boleh rasa boleh tahu
Dalam aku ada hantu
Disini ada pesta
Hantu
Disini ada pesta
Hantu
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
Datang tak diundang
Pulang tak di hantar
Dalam aku ada hantu
Posted by Mr Aan at 5:25 PM 1 comments
Labels: music and lyrics
Islam adalah ad-din yang bersifat global dan syumul yang ruang lingkup ajarannya terlalu luas. Oleh itu dalam memahami konsep ajaran yang sebenarnya ia memerlukan kepada pemahaman yang mendalam dari berbagai aspek.
Dalam Al-Quran Allah (s.w.t) telah memberikan banyak takrifan kepada Islam, demikian juga Rasulullah (s.a.w) dalam hadis-hadis baginda dan para ulamak.
Pengertian al-Din
Istilah agama (al-Din) dalam al-Quran sebagaimana dinyatakan oleh Al-Marhum Abu al-A'la Al -Maududi merangkumi empat ciri-ciri pokok :
Posted by Mr Aan at 7:46 PM 0 comments
Labels: agama
Chong Wei, Julia tewas di final Terbuka Macau
Kemarau gelaran akhirnya dinoktahkan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang berjaya mengekalkan mahkota ketika Lee Chong Wei dan Julia Wong Pei Xian bagaimanapun gagal mengelak sengsara pada final Terbuka Macau, semalam.
Kien Keat-Boon Heong, sebelumnya dalam situasi tertekan ekoran prestasi tidak menentu, menghasilkan prestasi memuaskan untuk muncul juara buat tahun kedua berturut-turut.
Kali ini, beregu ke-22 dunia dari Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu ditundukkan mereka dengan keputusan 21-16, 21-18 dalam perlawanan berlangsung selama 31 minit.
Misi Chong Wei untuk memiliki kelebihan psikologi terhadap jaguh Indonesia, Taufik Hidayat, bagaimanapun tidak kesampaian apabila ditundukkan 19-21, 15-21 dalam tempoh 38 minit.
Chong Wei dan Taufik saling bersaing sengit untuk majoriti set pertama sehingga kedudukan 19-19. Selepas Taufik mengutip mata ke-20, pukulan smashnya ke penjuru kanan gelanggang didakwa Chong Wei sudah terkeluar, tetapi penjaga garisan memutuskan sebaliknya untuk Taufik menang 21-19.
Situasi itu tampak menjejaskan tumpuan Chong Wei yang - biarpun memberi tentangan seimbang pada awal set kedua - kemudiannya membenarkan Taufik membina kelebihan selesa dalam laluan menjamin kemenangan itu.
Kekalahan itu adalah yang ketiga pada aksi final untuk Chong Wei, bermula dengan Sukan Olimpik, Ogos lalu. Dia kalah kepada Lin Dan dalam perebutan pingat emas sebelum tumbang di tangan Sony Dwi Kuncoro pada final Terbuka Jepun.
Julia pula terus dipaksa kempunan dalam pemburuan gelaran sulung di peringkat antarabangsa apabila mendapati pilihan ketiga dari Hong Kong, Zhou Mi nyata terlalu bagus untuk ditandinginya.
Dia tewas mudah 13-21 pada set pertama dan biarpun memberikan usaha terbaiknya pada set kedua, ia nyata tidak mencukupi untuk akur kecundang 19-21 selepas bertarung selama 36 minit.
Keputusan final:
Perseorangan lelaki
Taufik Hidayat (Ina) mn Lee Chong Wei (Mas) 21-19, 21-15.
Perseorangan wanita:
Zhou Mi (HK) mn Julia Wong Pei Xian (Mas) 21-13, 21-19.
Beregu lelaki:
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (Mas) mn Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu (Tai) 21-16, 21-18.
Beregu wanita:
Cheng Shu-Zhao Yunlei (Chn) mn Ma Jin-Wang Xiaoli (Chn) 21-15, 21-18.
Beregu campuran:
Xu Chen-Zhao Yunlei (Chn) mn Yohan Hadikusumo Wiratama-Chau Hoi Wah (HK) 21-15, 21-16.
Posted by Mr Aan at 3:33 PM 3 comments
Labels: Sukan