Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Wednesday, October 8, 2008

Konsep Islam sebagai Al-Din

Islam adalah ad-din yang bersifat global dan syumul yang ruang lingkup ajarannya terlalu luas. Oleh itu dalam memahami konsep ajaran yang sebenarnya ia memerlukan kepada pemahaman yang mendalam dari berbagai aspek.

Dalam Al-Quran Allah (s.w.t) telah memberikan banyak takrifan kepada Islam, demikian juga Rasulullah (s.a.w) dalam hadis-hadis baginda dan para ulamak.

Pengertian al-Din

Istilah agama (al-Din) dalam al-Quran sebagaimana dinyatakan oleh Al-Marhum Abu al-A'la Al -Maududi merangkumi empat ciri-ciri pokok :

  • Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi (Allah).
  • Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan mutlak tersebut.
  • Sistem atau peraturan-peraturan sama ada yang berbentuk teori atau amali yang digubal oleh kekuasaan tertinggi tersebut. Ia merangkumi semua aspek iaitu soaial, ekonomi dan politik.
  • Pembalasan nikmat yang diberikan oleh kekuasaan yang tertinggi ke atas setiap yang taat dan patuh kepada sistem tersebut, atau sebaliknya pembalasan azab ke atas yang ingkar dan derhaka.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: