Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Saturday, October 18, 2008

Keistimewaan Islam (sambungan)

Islam adalah agama yang universal

  • Islam dengan sifatnya yang universal (global) diturunkan untuk seluruh manusia dengan tidak membezakan warna kulit, bahasa, geografi dan sejarah. Ia bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu dan generasi tertentu, tetapi berlaku untuk sepanjang masa dan tempat. Syariat Islam dalam semua hukum, sistem dan prisipnya mempunyai corak kemanusian dan bersifat global.
  • Syariat Islam merupakan rahmat seluruh bagi seluruh alam petunjuk dan pedoman kepada semua manusia dan jalan hidup bagi semua manusia.Hukum syariat diturunkan bukan untuk kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpa memandangkan warna kulit, jenis bahasa atau tempat.
  • Oleh itu, tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum Islam dan tidak ada kasta dalam hukum Islam. Semua manusia adalah sama, tidak ada kelebihan bagi mereka yang berbangsa arab ke atas bangsa bangsa lain kecuali dengan takwa.
Ajaran progresif dan dinamik
  • Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan, telah dapat memenuhi hajat manusia sehinga manusia tidak merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup di atas dunia ini. Kemajuan dan rekaan yang ditemui oleh manusia, tidak dipandang sebagai perkara yang luar dari ajaran Islam. Malah,Islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia, bukannya membawa kerosakan di atas muka bumi ini.
  • Semua peraturan dan prinsip Islam adalah dinamik dan progresif, iaitu sentiasa sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan tempat. Beberapa penemuan baru selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam adalah diterima dan tidak dianggap sebagai perkara yang ditentang dalam Islam.
Ajaranya senang tidak susah
  • Semua ajarannya adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang suka kepada perkara yang baik dan senang. Sebagai contoh, Allah memberikan rukhsoh (kemudahan) dalam ibadah solat dan puasa bagi orang yang musafir dan uzur. Dalam konteks menutup aurat, Islam tidak menetapkan bentuk pakaian yang sesuai, tetapi cukuplah pakaian tersebut dapat menutup aurat dan tidak menghalang pergerakan manusia dalam pekerjaan seharian.
Tidak ada paksaan
  • Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya, sekalipun orang kafir yang berada di bawah pemerintahan Islam. Keadaan ini berbeza dengan agama lain, yang menggunakan pelbagai tipu helah dan kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama. Walau bagaimanpun, mereka yang telah menganut agama Islam, tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya untuk keluar daripada ajaran Islam atau tidak mahu mengikut ajaran Islam.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: