Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Friday, October 17, 2008

Keistimewaan Islam

Antara perkara-perkara yang telah diterima pakai oleh ahli fiqh dan undang-undang ialah setiap sistem yang ada, sama ada yang berasal dari Allah (s.w.t) atau pun ciptaan manusia mestilah mempunyai kelebihan dan ciri-cirinya yang tersendiri. Oleh itu, kita perlu memahami dan mengetahui dengan sebenar-benarnya ciri-ciri undang-undang Islam untuk melihat keistimewaannya berbanding dengan undang-undang ciptaan manusia.

Agama Islam dari Allah (s.w.t) dan bersifat ketuhanan (Rabbaniyyah) .

  • Sumber ajaran Islam dan peraturannya adalah daripada Allah (s.w.t) melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah (s.a.w) Oleh itu agama Islam bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kekurangan.
  • Rabbaniyyah di sini bermaksud bahawa semua hukum-hukum syariah dan sistem-sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor warisan iaitu watak atau hawa nafsu. Allah (s.w.t)adalah pengubahnya serta pemilik makhluk dan pentadbir alam ini. Dialah Rabb seluruh isi alam yang telah menjadikan segala sesuatu atau dengan sebaik-baiknya.fg
Ajaran Islam adalah lengkap
  • Tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain dari ajaran Islam. Sifat inilah yang menjadi ciri khas prinsip dan peraturan Islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan yang diperbuat oleh manusia yang hanya mengatur sebahagian aspek tertentu sahaja dan tidak melengkapi aspek-aspek lain.
  • Apa yang dimaksudkan dengan menyeluruh ialah syariat Islam yang tinggi sifatnya ini mencangkupi sistem dan perundangan yang meliputi seluruk aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan akidah, ibadah dan akhlak atau yang berhubung dengan undang-undang umum seperti masalah-masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain.
  • Semua itu terkandung dalam prinsip-prinsip yang terperinci lagi bijaksana dan undang-undang rabbani yang abadi. Ini adalah kerana segala sistem tersebut itu adalah wahyu daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: