Dari segi bahasa ianya berasal dari perkataan wahada, yahidu, wahdan, wawahdatan bermakna tunggal dan sendiri ia. Manakala kata terbitannya tauhid bererti mengesakan atau mengatakan sesuatu. Ada ulamak mentakrifkannya dengan keilmuan bahawa sesuatu itu Esa.
Dari segi istilah ianya bermaksud mentauhidkan Allah (s.w.t) dalam segala bentuk sama ada dari segi kepercayaan (aqidah) iatu mengesakan Allah (s.w.t) dari segi dzat, sifat dan af al-Nya (perbuatan Allah) serta mengkhususkan peribadatan hanya kepada Allah (s.w.t).
Kesimpulannya kita dapat ringkaskan bahawa tauhid itu adalah mengkhususkan segala kepercayaan kepada Allah (s.w.t) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan rukun keimanan seperti mempercayai malaikat dan hari kebangkitan. Kepercayaan tersebut mestilah diiringi dengan mengkhususkan pula peribadatan dan penyerahan diri secara total kepada Allah (s.w.t) dan perundanganNya.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment