Perkara yang boleh merosakan iman dan Islam terbahagi kepada tiga bahagian:
-I'tikad
-Perkataan
-Perbuatan
I'tikad.
I'tikad atau kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, seperti:
- I'tikad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selamanya.
- I'tikad bahawa pencipta alam ini baharu,atau menyerupai makhluk lain,atau beristeri,beranak,berbilang atau mati.
- I'tikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasullah (s.w.t)
- I'tikad bahawa ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad (s.a.w).
- I'tikad bahawa tidak ada dosa pahala, tiada syurga dan neraka, atau tidak ada bangkit sesudah mati.
- I'tikad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
- Berbalik-balik hati diantara hendak menjadi kafir atau tidak, bercita-cita hendak kafir pada masa akan datang.
Tiap-tiap perkataan yang menggambarkan ia mencaci, menghina dan mengejek, mempermainkan nama Allah(s.w.t) sifatNya, malaikatNya, rasulNya, kitabNya dan hukumNya serta hukum yang diterangkan oleh Rasul.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, mengingkari perkara disepakiti oleh ulamak serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya:
- "Berzina suka sama suka apa haramnya"
- "Minum arak untuk menyihatkan badan apa salahnya"
- "Kalau kita tidak menerima riba, sampai kiamat kita tidak akan maju"
- "Membaca ayat al quran pun, apalah gunanya sangat"
Perbuatan.
Sebarang tindakan yang dilakukan oleh manusia dengan tujuan untuk menghina memperkecilkan agama Islam.
- Mempersendakan dan menentang sebarang perintah dan tegahan Allah.
- Mempersendakan seorang muslim kerana Islamnya, atau bermusuh dengan seorang mukmin kerana berpegang teguh kepada Allah.
- Melakukan upacara ibadah kepada makhluk atau menyambut perayaaan orang kafir.
- Meletakkan ayat al quran, hadis nabi, nama Allah dan ilmu agama di tempat kotor dan najis dengan niat untuk menghinanya.
Antara perkara-perkara lain yang dapat merosakkan iman dan Islam sesorang manusia.
- Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah(s.w.t).
- Beramal kerana yang lain daripada Allah(s.w.t)
- Perasaan benci kepada Islam sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya.
- Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
- Tidak beriman dengan nas-nas Al quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w)
- Berketuakan orang kafir dan munafik.
- Mengkafirkan orang-orang Islam atau tidak mengkafirkan orang-orang kafir
0 comments:
Post a Comment