Nama Islam tidak disandarkan pada individu tertentu, tidak seperti agama Kristian yang dikaitkan kepada Jesus Christ, Budha disandarkan kepada Gautama Budha. Demikian juga agama Zoroasterianism dimansyurkan oleh Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan kepada mana-mana kabilah, seperti agama Yahudi yang dikenali daripada nama kabilah Yahuda. Begitu juga dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat, Indus kemudian bertukar kepada Hindu.
Tetapi Islam adalah dari Allah (s.w.t) dan bukan dicipta oleh mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Ia tidak dikhaskan bagi umat tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa dan puak yang ada di atas muka bumi Allah (s.w.t). Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam.
Pengertian Iman
Iman bererti mempercayai dan menerima. Iman letaknya dihati, disokong dengan pengakuan melalui lidah dan dibuktikan dengan amal dan perbuatan. Berdasarkan itu, ulamak memberi takrif iman sebagai :
"Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota"
Iman bereti percaya akan adanya tuhan dan membenarkan sekalian perkara yang disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w). Asas aqidah Islam ialah beriman kepada Allah (s.w.t) , para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan hari Akhirat serta qada' dan qadarNya.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
3 comments:
:)
* cari2 shout box tak jumpa...
hmmm.... bagus, bagus, bagus... citer lagi, citer lagi... pengetahuan am ni... boleh jadi sumber rujukan...
trima kasih...
insyaalah sy akan pnuhkn...
entry tntg agama kat blog ini
Post a Comment