Aqidah tauhid bererti kepercayaan kepada keesaan Allah (s.w.t) dan kepercayaan diatas kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Kepercayaan dan keimanan merupakan dasar yang menunjangi seluruh kehidupan muslim.Sebagai asas yang paling utama mendasari agama islam,aqidah Islam memamdu manusia dalam membina peribadi mukmim yang kamil. Justeru itu ruh aqidah perlu terus disuburkan dalam setiap hati insan yang beriman dengan menjadikan ilmu sebagai pembimbing ke arah pembentukan jiwa muslim cemerlang duniawi dan ukhrawi.
Aqidah adalah satu-satunya asas yang berupaya membentuk diri dan memberi kesan yang mendalam terhadap perwatakan dan tingkah laku manusia.IA merupakan satu akidah yang sentiasa menjana perubahan kepada pemikiran,personaliti dan cara bekerjs umatnya.Untuk itu al quran sentiasa mengulangi penegasan kepada orang-orang yang beriman agar berusaha untuk terus mempertingkatkan dan memantapkan keimanan mereka.
Sememangnya terdapat perkaitan yang amat rapat di antara aqidah dan sistem masyarakat,akhlak,ekonomi dan politik yang membentuk institusi kehidupan manusia.Kebangkitan Islam adalah menandakan kemunculan tamadun.Adalah tidak disangkal lagi bahawa Islam adalah sebaik-baik agama dan ptunjuk.Seperti di dalam firman Allah.s.w.t.yang bermaksud
"Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu membantah-bantah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan."
Masalah keruntuhan akhlak merupakan isu yang sering diperkatakan dewasa ini.Begitu juga isu kepincangan institusi kekeluargaan,maksiat yang berleluasa dan gejala moral seperti sumbang mahram,rogol dan sebagainya sentiasa menjadi berits dimuka depan akhbar harian kita.
Fenomena seperti ini bukan sahaja dihubungkan dengan kesan-kesan negatif dalam masyarakat hasil daripada kelemahan ummah dalam memperkasakan iman di dalam jiwa masyarakat.
Beli tiket bas online lebih mudah dengan eticketing
-
Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang
pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada
rebat. Setela...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment