Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Sunday, October 19, 2008

Struktur Islam

Islam mempunyai konsep yang amat luas yang merupakan cara hidup yang lengkap.Ianya merangkumi perkara-perkara penting dalam pengertian al-Din itu sendiri.Di dalamnya terkandung tiga perkara besar iatu aqidah,syariah dan akhlak.

Aqidah (Tauhid)

  • Berpegang dengan aqidah yg benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah dan sunnah Rasulullah.Aqidah yang benar akan menghilangkan keraguan terhadap kesempurnaan ajaran Islam,dan juga menghilanghkan rasa takut kepada makhluk sekaligus hanya tunduk dan patuh kepada Allah.s.w.t.
Pengertian Aqidah
  • Dari segi bahasa adalah kata kerja 'aqada' yang bereti menyimpul tali dengan kuat, mengukuhkan janji dan menetapkan janji.Kata terbitan daripadanya ialah 'aqidat' bereti jaminan dan ikatan janji.Ia juga bermaksud kepercayaan dengan sesuatu serta berpegang teguh dengan kepercayaan tersebut tanpa ada keraguan.
  • Dari sudut istilah pula ianya bermaksud akidah adalah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad, tidak bercampur dengan syak dan keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah itu benar atau sebaliknya.
  • Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa aqidah adalah bermaksud simpulan iman, atau pegangan yang kuat berti simpulan iman atau sesuatu pegangan yg kuat.

Syariat (Fekah)
  • Syariat ialah bidang Din Islam yang berkaitan dengan undang-undang,hukum hakam ketentuan Allah .s.w.t.untuk dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan (kepentingan) umat manusia.Syariat Allah (s.w.t) meliputi segala aspek dalam kehidupan. Bermula dari pembentukan peribadi muslim, keluarga, masyaraka, negara dan seterusnya mentadbir dunia keseluruhannya yang diamanahkan oleh Allah (s.w.t) kepada manusia agar ditegakkan dengan syariat Islam.
Akhlak (Ehsan)
  • Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalaman seseorang individu.
Sabda Rasulullah (s.a.w) :

"Sesungguhnya aku diutuskan ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."

  • Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran islam, dan ia merupakan tanda keimanan seseorangg kerana ia adalah buah dari keimanannya. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Ketinggian akhlak juga mempunyai pengaruh yang besar dalam usaha-usaha dakwah kerana ia merupakan daya penarik kepada Islam


Don't forget to comment when you are done reading