Follower's

[1/2/20011][8:39 AM]
I'm offline
haiii

Thursday, October 23, 2008

Kesan Akidah dalam Kehidupan

Pasti akan mentauhidkan Allah (s.w.t)

  • Orang yang beriman mempunyai pandangan yang luas,kerana beriman dengan pencipta langit dan bumi,pemilik alam timur dan barat.Baginya tiada suatu keganjilan pun di alam ini setelah ia beriman.Ia terangkum di bawah kekuasaan Allah.s.w.t.yang Esa dan mempunyai kuasa yang mutlak untuk melaksanakan sesuatu.Hal ini berbeza bagi mereka yang mengatakan tuhan itu berbilang atau mempunyai sifat-sifat makhluk.

Dapat memberi ketenganan jiwa.

  • Mereka yang beriman meyakini dengan sebenarnya tiada yang dapat memberi mudarat dan manfaat melainkan Allah.s.w.t..Tiada yang dapat menghidupkan dan mematikan melainkan Allah.s.w.t. juga.Keyakinan yang tinggi akan menghilangkan perasaan takut selain daripada Allah.s.w.t. seterusnya akan melahirkan ketenangan jiwa kepada mereka yang benar-benardapat merasai kelazatan iman.

Tawadhuk (merendahkan diri).

  • Muslim yang beaqidah akan sentiasa merendahkan diri dan menjauhi sifat-sifat angkuh dan takabbur.Muslim tersebut akan merasakan kebesaran Allah.s.w.tdan akan sentiasa merasai kelemahan diri sebagai seorang hamba.Kemuliaan disebut keilmuan,kekayaan dan sebagainya adalah amanah dan ujian Allah.s.w.t.Jawatan dan kedudukan yang dimiliki pula hanyalah amanah dan ujian buat hamba yang beriman.

Membersihkan diri dan beramal soleh

  • Muslim yang beraqidah juga akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan amal soleh.Mereka yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa jalan menuju kejayaan dan kemenangan hanyalah dengan membersihkan diri dan beramal soleh.Kekuatan iman akan mengerakkannya ke arah mentaati segala perintah Allah.s.w.t.dan menjauhi segala laranganNya.Seterusnya hamba yang beramal soleh juga ia akan dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.s.w.t

Tidak berputus asa dan bertawakal kepada Allah

  • Muslim yang berqidah sentiasa mengingati Allah.s.w.t.sekalipun dia diujidengan penghinaan,terputus punca rezeki dan pelbagai musibah yang lain.Tetapi terus berusaha dan menyerah diri kepada Allah.s.w.t.memohon pertolonganNya.

Berani mempertahankan kebenaran

  • Orang yang beriman dengan aqidah Islam,mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah.s.w.t.tanpa boleh diganngu gugat oleh mana-mana kuasa manusia.Ketakutan kepada hukum hakam Allah s.w.t.melahirkan diri insan yang taat dan patuh pada segala ketetapan syarak.Hasilnya mereka sedar dan insaf bahawa keredhaan Allah.s.w.t.adalah melebihi keredhaan manusia.

Memelihara undang-undang Allah

  • Keimanan kepada Allah.s.w.t.mengikat seseorang itu kepada undang-undang Allah.s.w.t.Apabila iman tetap di dalam diri,ia akan mngikut hukum Allah.s.w.t.berdiri pada sempadanNya,dan meninggalkan laranganNya.


Don't forget to comment when you are done reading

0 comments: